Sunday, September 25, 2022
HomeSemasaBantuan khas Aidilfitri Negeri Sembilan 2021 RM1,000 (Minimum)

Bantuan khas Aidilfitri Negeri Sembilan 2021 RM1,000 (Minimum)

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 5,843 penjawat awam termasuk kakitangan badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT), sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata BKK itu dibayar kepada penjawat awam membabitkan semua gred, sekali gus memberi manfaat kepada 3,974 penjawat awam negeri dan 1,869 kakitangan badan berkanun serta PBT.

“Bantuan khas ini akan membabitkan implikasi kewangan kira-kira RM9.9 juta dan bayaran akan dibuat pada 3 Mei ini.

“Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri minggu lalu dengan mengambil kira kemampuan kewangan negeri.

“Keputusan ini juga bukti sikap peduli Kerajaan Negeri Sembilan terhadap sumbangan dan komitmen penjawat awam terhadap tugas masing-masing,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO di Wisma Negeri di sini, hari ini. 

Aminuddin berkata, pihaknya yakin 92 peratus kalangan penjawat awam di negeri ini dalam kategori berpendapatan rendah B40, akan mendapat manfaat daripada pemberian sagu hati berkenaan.

Beliau berkata, bantuan itu juga akan memberikan motivasi kepada mereka melaksanakan tugas dengan baik, walaupun berdepan pelbagai kekangan akibat pandemik COVID-19.

“Sepanjang tahun lalu, banyak projek pembangunan negeri dapat diteruskan dengan lancar walaupun dalam keadaan COVID-19.

“Pengurusan yang cekap dan perbelanjaan berhemah membolehkan beberapa jabatan mendapat anugerah cemerlang membantu memperkukuhkan kewangan negeri.

“Justeru, kerajaan negeri menghargai komitmen tinggi penjawat awam dalam melaksanakan tugas terutama dalam menjayakan pembangunan negeri dan mendapatkan kutipan hasil yang baik,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!