Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara 2023

Sebagai penghargaan kepada penjawat awam, Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara.

Pengumuman ini dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara pada 27 Julai 2023.

Melalui Bantuan khas ini, ia akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara.

Inisiatif Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara

Kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam melihat kepada kemampuan kewangan kerajaan. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, sementara kajian gaji dan elaun penjawat awam diperincikan, kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

Manakala RM200 akan diberikan kepada pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

“Saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan supaya meluluskan dan menyalurkan bantuan ini dalam tempoh dua minggu dari sekarang”.

Bantuan khas itu akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara.

Beliau berharap dengan pemberian permulaan itu, penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan Ekonomi MADANI, memberi perkhidmatan terbaik sekali gus membantu ruang fiskal kerajaan agar hasrat untuk merealisasikan gaji baharu perkhidmatan awam menjadi kenyataan.

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara

Tarikh Pemberian Bantuan 

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui SURAT EDARAN JPA.800-3/2/4(33) memaklumkan, tarikh bayaran Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2023 akan disalurkan pada 10 Ogos 2023 (KHAMIS).

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara 2023 (BKPPA)

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan akan diterima adalah sebagaimana berikut;

  1. RM300 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak. 
  2. RM200 kepada pesara Kerajaan (pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), veteran berpencen serta veteran tidak berpencen)

Penjawat Awam Yang Layak Dibayar

Dalam Surat Edaran: JPA.800-3/2/4(33) halaman 2 memaklumkan, bayaran BKPPA 2023 layak diberikan kepada penerima berikut;

  1. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023.
  2. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang layak mersebut merupakan:
    • pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS);
    • pegawai yang bercuti bergaji penuh; 
    • pegawai yang bercuti separuh gaji; 
    • pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
    • pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. BKP Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2023 ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

BKP Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2023 TURUT DIBAYAR kepada

  1. Pegawai lantikan MySTEP yang masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023 dan telah dilantik sebelum 10 Ogos 2023 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.
  2. Guru interim;
  3. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
  4. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran serta Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.

Pesara dan Penerima Pencen Yang Layak Dibayar

  • Bagi pesara Kerajaan termasuk penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan paksa (55/56/58/60 tahun) atau bersara Atas Sebab Kesihatan (ASK), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen pada atau sebelum 10 Ogos 2023 akan dibayar sebanyak RM200.00 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) manakala veteran berpencen dan tidak berpencen oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV);
  • Pesara dan veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara serta COS dan mash berkhidmat pada 10 Ogos 2023 layak dibayar sebanyak RM300.00.
  • Pembayaran sebanyak RM200.00 akan dibuat oleh JPA/JHEV dan bakinya sebanyak RM100.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat;
  • Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 10 Ogos 2023 layak diberi BKP Tahun 2023 sebanyak RM300.00;

Yang Tidak Layak Dibayar BKP Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2023

Bayaran TIDAK LAYAK diberikan kepada:

  1. pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/Gred Khas;
  2. pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja atau turun pangkat dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 10 Ogos 2023;
  3. pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 10 Ogos 2023;
  4. pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 10 Ogos 2023; dan
  5. pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan (BBDS).

Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan ole Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) akan ditangguhkan pemberian BKP Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2023 ini.

Pegawai hanya layak dibayar BKP Peniawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2023 setelah dibebaskan daripada pertuduhan tatatertib atau dikenakan hukuman selain buang kerja atau diturunkan pangkat ole PBTT yang berkenaan.

BKP Penjawat Awam dan Pesara Keraiaan Tahun 2023 ini akan dibayar pada 10 Ogos 2023 dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh perbayaran.

Surat Edaran: JPA.800-3/2/4(33)

Muat Turun : SURAT EDARAN JPA.800-3/2/4(33)

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk info terkini Bantuan Khas Penjawat Awam & Pesara, sila layari;

  1. Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam
  2. Facebook Kementerian Kewangan
  3. https://budget.mof.gov.my/manfaat/ 

Untuk makluman, kerajaan turut mengumumkan bantuan kredit e-Tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Perdana Menteri menyatakan inisiatif ini membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas (dewasa), merangkumi golongan B40 dan M40.

Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

Info lanjut sila lihat artikel di bawah;

Bantuan Kredit e-Tunai RM100: Untuk Golongan B40 dan M40

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah inisiatif Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara?


Kerajaan sediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah, RM200 kepada pesara kerajaan.

Lebih 2.3 juta penjawat awam termasuk pesara dapat manfaat darupada Bantuan Khas Penghargaan yang akan dibayar dalam tempoh dua minggu.

Kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam melihat kepada kemampuan kewangan kerajaan. 

Berapakah jumlah bantuan yang disalurkan?

RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah;
RM200 kepada , RM200 kepada pesara kerajaan.

Bilakah tarikh bayaran bantuan ini disalurkan?

10 Ogos 2023 (Khamis)

Siapakah penjawat awam yang layak di bayar dan yang tidak layak di bayar?

Sila rujuk artikel dan SURAT EDARAN JPA.800-3/2/4(33)

Scroll to Top