Monday, February 26, 2024
HomeSumbangan Tunai RahmahRayuan STR 2023: Tarikh & Semakan Status Kelulusan

Rayuan STR 2023: Tarikh & Semakan Status Kelulusan

Ramai yang bertanya bilakah tarikh semakan keputusan dan pembayaran rayuan STR 2023 akan dibuat.

Ini kerana sejak  permohonan rayuan Sumbangan Tunai Rahmah ini ditutup hujung Julai yang lalu, keputusan rayuan masih belum diketahui status sama ada lulus atau tidak permohonan rayuan ini.

Ramai yang lulus STR fasa 1 dan 2 namun ramai yang tersangkut pembayaran fasa 3 STR atas sebab-tertentu.

Rayuan STR 2023

Sebagai makluman, permohonan rayuan STR 2023 telahpun ditutup pada 31 Julai 2023.

Permohonan rayuan ini dibuka bagi memberi peluang kepada mereka untuk memohon semula dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan Bantuan Rahmah ini.

Ia juga sebagai  langkah bagi memastikan program STR 3 ini disasarkan kepada mereka yang layak.

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR; atau pemohon yang berstatus Lulus STR dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja

Tarikh Semakan Status Kelulusan Permohonan Rayuan STR

Bilakah boleh buat semakan status bagi permohonan rayuan ini?

Buat masa ini belum ada pengumuman rasmi daripada pihak Kerajaan berkaitan tarikh semakan tersebut.

Namun begitu, dalam satu pertanyaan netizen di laman Facebook, LHDM memaklumkan bahawa tarikh semakan status kelulusan permohonan rayuan STR 2023 akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa. Mohon rujuk portal STR.

LHDNM - Tarikh Semakan Status Kelulusan Permohonan Rayuan STR

Namun berdasarkan pengalaman bantuan-bantuan tunai Kerajaan yang lepas, status semakan rayuan STR boleh diketahui pada fasa 4 pembayaran.

Bayaran Fasa 4 STR dijangkakan pada bulan November 2023. Apapun pengumuman rasmi akan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan selepas ini.

Jadual Pembayaran STR Fasa 1 hingga 4

Cara Pembayaran 

Pembayaran akan dibuat secara pengkreditan ke akaun bank pemohon yang didaftarkan semasa pendaftaran / kemas kini / rayuan STR 2023. 

Sekiranya anda tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran / kemas kini / rayuan STR, pembayaran adalah seperti berikut: 

  1. Pasangan adalah warganegara dan ada melaporkan maklumat akaun bank – pengkreditan ke akaun pasangan akan dibuat.
  2. Pasangan tidak melaporkan maklumat akaun bank – pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon.

Siapakah Yang Layak Menerima Pembayaran Rayuan STR

Mereka yang layak menerima pembayaran rayuan adalah mereka yang berstatus lulus dalam melalui rayuan ini.

Sekiranya anda masih tidak layak melalui rayuan ini, permohonan baharu boleh dibuat sekiranya bantuan ini diteruskan pada tahun hadapan.

Sekiranya ada lagi bantuan tunai ini, dijangkakan permohonan baharu akan dibuka antara Januari hingga Mac 2024.

Jumlah bayaran

Jumlah bayaran yang akan diterima bagi status lulus rayuan akan diumumkan selepas ini oleh Kementerian Kewangan.

Cara Semakan

Semakan kelulusan boleh dibuat di laman portal rasmi MySTR di pautan berikut : 

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Info dan Maklumat Lanjut

Anda boleh buat semakan status permohonan rayuan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  3. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 iv. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
  5. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

Facebook: https://www.facebook.com/LHDNM 

Soalan Lazim

Adakah masih boleh buat permohonan rayuan STR?

Permohonan rayuan sudah ditutup pada 31 Julai 2023

Bilakah tarikh semakan keputusan permohonan rayuan STR?

Belum diumumkan

Bilakah tarikh bayaran sekiranya permohonan rayuan diluluskan?

Di jangka pada November 2023

Siapakah yang layak dibayar?

Mereka yang berstatus LULUS melalui semakan

Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima?

Akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

Bantuan Terkini Malaysia MADANI 2024

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!