Bantuan permulaan IPT Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bertujuan membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) dalam Negara.
Bantuan ini terbuka kepada mereka yang mengikuti program sijil/matrikulasi, diploma, ijazah dan IPT luar negara.
Ibu/bapa atau penjaga yang ingin memohon bantuan permulaan IPT MAINPP ini, sila lihat butiran-butiran di bawah.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan adalah berdasarkan program pengajian yang diikuti sebagaimana berikut;
Program Pengajian | Jumlah Bantuan |
Sijil / Matrikulasi | RM 600 |
Diploma | RM 800 |
Ijazah | RM 1,000 |
IPT Luar Negara | RM 2,000 *maksimum |
Syarat-syarat Permohonan
Sebagai makluman bagi mereka yang ingin memohon bantuan permulaan IPT MAINPP;
- Terbuka untuk kemasukan permulaan ke IPT sahaja
- Permohonan dibuka sepanjang tahun
- Permohonan sah dalam tempoh 6 bulan pertama daripada tarikh surat tawaran

Syarat Umum Bantuan
1. Beragama Islam.
2. Warganegara Malaysia.
3. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
4. Tidak menerima bantuan dari zakat negeri-negeri lain.
Syarat Khusus Bantuan Permulaan ke IPT
Bantuan Permulaan ke IPT Dalam Negara
1. Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.
2. Anak pemohon (pelajar) telah mendapat tawaran untuk belajar di peringkat matrikulasi / asasi / sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja.
3. Permohonan hanya dipertimbangkan untuk pengajian kali pertama sahaja bagi setiap peringkat.
4. Permohonan hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran.
5. Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
6. Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun.
7. Kemasukan ke Tingkatan 6 tidak layak memohon kerana tidak diiktiraf sebagai IPT
Cara Memohon

Pendaftaran dan permohonan adalah secara atas talian (online) melalui portal Zakat Pulau Pinang melalui pautan berikut;
- Anda perlu mendaftar sebagai pengguna bagi memohon bantuan ini
- Masukkan no kad pengenalan
- Nama penuh
- No telefon
- Nama pengguna
- Kata laluan
- Sahkan kata laluan
- Hantar
- Sila semak email anda bagi mengesahkan pendaftaran di laman portal Zakat Pulau Pinang
Peringatan: Sila semak syarat kelayakan permohonan sebelum mengisi borang permohonan.
Sebagai pemberitahuan: Semua permohonan bantuan mestilah diisi atas nama ketua keluarga. Namun demikian, pelajar dibenarkan untuk mengisi borang bagi pihak ketua keluarga.
Info dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai bantuan permulaan IPT Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) ini, sila hubungi;
Bahagian Institusi dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang;
- 04-5498165
- 04-5498168
- 04-5498178
Sumber: Facebook Zakat Pulau Pinang
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.