Monday, May 23, 2022
HomeBantuan PKSSkim Pembiayaan i-Bermusim Hijrah Selangor Sehingga RM20,000

Skim Pembiayaan i-Bermusim Hijrah Selangor Sehingga RM20,000

Yayasan Hijrah Selangor membuka permohonan kepada mereka yang berkelayakan bagi memohon Skim Pembiayaan i-Bermusim untuk mendapatkan modal perniagaan bagi menjalankan aktiviti perniagaan di musim perayaan atau musim buah-buahan.

Menerusi skim ini, Hijrah Selangor menawarkan pembiayaan sehingga RM20,000 bagi membantu para peniaga untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

Apa itu Skim i-Bermusim Hijrah Selangor?

Skim i-Bermusim menawarkan modal tambahan berbentuk kewangan sehingga RM20,000 kepada individu yang memerlukan modal pusingan perniagaan bagi menjalankan aktiviti perniagaan jenis bermusim seperti musim perayaan dan gerai buah-buahan bermusim.

[Iklan] Skim Pembiayaan i-Bermusim Hijrah Selangor

Jumlah Pembiayaan

Skim i-Bermusim  Hijrah Selangor menawarkan modal tambahan kepada individu yang memerlukan sehingga sehingga RM20,000. 

Syarat Kelayakan 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Rakyat Selangor/bermastautin  5 tahun
  3. Mengundi dalam negeri Selangor
  4. Berumur 18 hingga 65 tahun
  5. Mempunyai premis perniagaan yang khusus
  6. Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah
  7. Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
  8. Terlibat secara langsung dalam perniagaan
  9. Satu (1) pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian
  10. Boleh menjadi pembiayaan kedua bagi peminjam Hijrah

Syarat Pembiayaan

  1. Had pembiayaan RM1,000 sehingga RM20,000
  2. Caj perkhidmatan 1% sebulan
  3. Tempoh pembiayaan 25 minggu (6 bulan)
  4. Bayar balik secara mingguan/bulanan/ sekaligus (Tertaluk kepada perubahan semasa)
  5.  Mempunyai surat perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang berkonsepkan sewaan ataupun pajakan

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut;

http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login

Dokumen Permohonan

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. 2 Keping gambar berukuran pasport pemohon
  3. Salinan lesen perniagaan (SSM/permit PBT)/ salinan perjanjian atau dokumen yang sah sekiranya melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi yang berkonsepkan sewaan ataupun pajakan
  4. Salinan penyata akaun bank (header) atau muka depan buku akaun (yang menunjukkan no. akaun pemohon)
  5. Gambar perniagaan
  6. Salinan bilutiliti premis dan tempat tinggal

Info dan Pertanyaan

Hubungi 20 Cawangan Hijrah berhampiran anda untuk pertanyaan dan permohonan pembiayaan di http://www.hijrahselangor.com/?page_id=32

Layari www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut

Dapatkan update terkini Hijrah Selangor di Telegram Channel:

https://t.me/hijrahselangorofficial

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!