Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri pada 9 Februari yang lalu mengumumkan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bernilai RM3,000 melalui TEKUN Nasional kepada setiap perniagaan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir dengan peruntukan disediakan sebanyak RM50 juta yang bakal memanfaatkan lebihn15,000 perniagaan mikro dan informal.
Ia bertujuan mengurangkan beban rakyat terutamanya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terjejas akibat banjir.
Apa itu Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia?
Bantuan berbentuk geran RM3,000 yang diberikan kepada peniaga informal dan mikro yang mana premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022 bagi memulihkan perniagaan dan beroperasi semula.
Syarat dan Kelayakan Permohonan
Peniaga informal dan mikro bertaraf warganegara Malaysia yang premis perniagaan mereka terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022 layak memohon geran ini.
* Nota: Maksud perniagaan informal adalah perniagaan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa tempatan (PBT) manakala perniagaan mikro adalah perniagaan yang berdaftar dengan jualan kurang daripada RM300,000 setahun atau bilangan pekerja kurang daripada 5 orang.
Untuk makluman, sekiranya anda adalah usahawan TEKUN sedia ada dan telah mendapat Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) baru-baru ini, anda layak memohon geran bantuan ini.
Manakala bukan usahawan TEKUN, juga layak memohon geran bantuan ini.
Cara Memohon
Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia boleh dibuat menerusi:-
1. Secara dalam talian: https://tinyurl.com/geranbbkm
2. Melalui Pejabat Cawangan TEKUN yang berhampiran di seluruh negara
3. Menerusi agensi MEDAC / AIM / Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan adalah:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Penyata Bank Individu
- Salah satu daripada laporan berikut:
Laporan Polis / Bomba/NADMA/ Agensi MEDAC/Pemimpin Tempatan / Penghulu / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) / Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil/Dewan Perniagaan.
Adakah Geran Bantuan Banjir ini perlu di bayar balik?
Bantuan ini diberikan secara geran one-off dan tidak perlu dibayar balik
Tarikh Akhir Permohonan
Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia adalah terbuka dan tertakluk kepada baki dana.
Cara Bayaran
Geran bantuan ini akan disalurkan secara pindahan elektronik ke dalam akaun bank penerima yang diberikan semasa permohonan atau menerusi kaedah pengeluaran cek.
Info dan pertanyaan
Sekiranya anda ada sebarang persoalan hubungi pejabat-pejabat TEKUN berdekatan anda melalui pautan berikut;
https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.