Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional JHEV ATM 2023

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) membuka permohonan Skim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan kepada mereka yang layak.

Bantuan Persekolahan (BSK) disediakan bertujuan untuk membantu membiayai perbelanjaan memulakan persekolahan di peringkat rendah atau menengah atau vokasional. 

Apa Itu  Skim Bantuan Persekolahan dan Kolej Vokasional Kebangsaan JHEV ATM?

Bantuan kewangan ini disediakan bagi membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah.

Skim ini adalah bertujuan bagi membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah berasaskan kelayakan mengikut kiraan PGK yang ditetapkan.

Tempoh Permohonan

Semua permohonan BSK perlu dikemukakan pada tahun semasa sahaja selewat-lewatnya sebelum 30 September setiap tahun. 

Ini adalah untuk memastikan pembayaran dapat dibuat pada tahun semasa tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

Jumlah Bantuan

  • RM500 setahun bagi sekolah rendah.
  • RM700 setahun bagi sekolah menengah/vokasional.

Syarat – Syarat Bantuan Persekolahan

  • Veteran ATM* :
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa

* Tanpa mengira tempoh khidmat.

  • Veteran ATM atau orang tanggungan dengan  pendapatan  bulanan di bawah Pendapatan Garis   Kemiskinan (PGK) layak  memohon bantuan ini.
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
  • Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
  • Setiap keluarga hanya layak untuk seorang anak sahaja.

Cara Memohon

  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
    Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 >> Muat Turun<<
  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.
  • Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.
  • Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).
  • Semakan status permohonan boleh dibuat di:
    Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV >> Semak status permohonan<<

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Veteran ATM.
  • Salinan Kad Pengenalan Veteran ATM (kecuali meninggal dunia).
  • Salinan Kad Pengenalan Suami/steri veteran (jika berkaitan).
  • Salinan buku perkhidmatan Veteran ATM untuk setiap muka surat bagi Veteran ATM tidak berpencen sahaja.
  • Salinan MyKad/MyKid/Sijil Lahir anak-anak dan isi rumah yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU (jika berkaitan).
  • Salinan bil elektrik/bil air.
  • Salinan buku bank / cetakan maklumat  akaun bank pemohon yang aktif.
  • Salinan Mykad Penjaga (jika berkaitan).
  • Salinan pendaftaran/maklumat dalam sistem e-kasih (jika ada).
  • Sijil  nikah / sijil perkahwinan  / sijil perceraian (jika berkaitan).
  • Sijil pengangkatan (jika berkaitan).
  • Sijil kematian (jika berkaitan).
  • Surat perakuan muflis (jika berkaitan)
  • Cop sekolah di Bahagian G.
  • Surat Tawaran kemasukan Kolej Vokasional / Sekolah Berasrama Penuh.
  • Dokumen lain (nyatakan)

Info Lanjut dan Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut sila layari www.jhev.gov.my atau hubungi talian Call Centre JHEV di 03-26976600 atau JHEV Cawangan Negeri berdekatan.

Sumber: JHEV ATM

Bantuan Persekolahan Jabatan Hal Ehwal Vateran ATM

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top