Monday, October 2, 2023
HomeBajet 2023Diskaun dan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Bagi Tahun 2023

Diskaun dan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Bagi Tahun 2023

Kerajaan bersetuju memberi diskaun dan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam PTPTN sejajar dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2023.

Kerajaan  dalam hal ini sentiasa prihatin kepada peminjam dan semoga diskaun serta penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi.

Inisiatif Diskaun dan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Pengumuman diskaun dan penangguhan ini diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023 (Jumaat).

Dalam ucapan pembentangan tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan;

“Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan bermula 1 Mac 2023 sehingga 20 peratus.”

“Bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan, Kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan 1,800 ringgit ke bawah untuk tempoh 6 bulan. Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac depan.”

Tempoh Diskaun

Tempoh diskaun PTPTN yang berikan pada tahun 2023 adalah bermula 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023 (3 Bulan).

Rebut Diskaun sehingga 20% sehingga 31 Mei 2023

Jumlah Diskaun Yang Ditawarkan

Diskaun Bayaran Balik PTPTN
  1. Diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
  2. Diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang;
  3. Diskaun 15 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) mengikut jadual bayaran balik; dan
  4. Diskaun 5 peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN.

Semua peminjam PTPTN termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah layak menikmati insentif ini.

Peminjam yang ingin membuat penyelesaian penuh pinjaman atau sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang perlu membuat pengesahan baki pinjaman melalui aplikasi myPTPTN atau portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN sebelum membuat bayaran balik melalui saluran bayaran yang telah disediakan.

Peminjam yang sedang membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) adalah layak mendapat diskaun 15 peratus secara automatik.

Manakala, peminjam yang ingin membuat potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) pula boleh membuat permohonan melalui aplikasi myPTPTN atau portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my. Peminjam boleh memilih salah satu atau kedua-dua saluran untuk menikmati insentif ini.

Selain itu, diskaun 5% juga diberikan bagi bayaran balik yang dibuat melalui aplikasi myPTPTN. Peminjam boleh memuat turun aplikasi myPTPTN melalui “App Store” bagi pengguna iOS, “Play Store” bagi pengguna Android dan “Huawei AppGallery” bagi pengguna Huawei. Peminjam PTPTN hanya perlu melalui proses aturan keselamatan yang mudah dan seterusnya dapat menggunakan aplikasi ini dengan cepat dan selamat. Peminjam juga boleh mengakses portal myPTPTN dengan melayari myptptn.ptptn.gov.my.

Cara-cara Dapatkan Diskaun PTPTN

4 Langkah Mudah Dapatkan Diskaun Pinjaman PTPTN

4 langkah nak dapatkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN;

1) Semak Baki Pinjaman

Semak penyata pinjaman melalui aplikasi myPTPTN atau Portal Rasmi PTPTN melalui pautan https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/

2) Dapatkan Khidmat Nasihat

Dapatkan khidmat nasihat bersama Eksekutif Pemasaran (EP) PTPTN atau hubungi Careline PTPTN di talian 03-21933000

3) Lakukan Transaksi

Lakukan transaksi dengan membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui saluran bayaran balik PTPTN atau aplikasi MyPTPTN

4) Semak Penyata

Semak penyatan pinjaman melalui aplikasi myPTPTN atau portal rasmi PTPTN pada bulan berikutnya

Surat Penyelesaian Hutang (SPH) Pinjaman Pendidikan PTPTN

Surat Penyelesaian Hutang (SPH) Pinjaman Pendidikan PTPTN

Pemohon yang berjaya menyelesaikan hutang pinjaman pendidikan PTPTN, akan menerima Surat Penyelesaian Hutang (SPH) bagi menyatakan hutang pinjaman PTPTN telah selesai dibayar.

Penangguhan Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Pelaksanaan penangguhan bayaran balik adalah seperti berikut:

  • Semua peminjam yang dalam tempoh membayar balik dan mempunyai pendapatan bulanan RM1,800.00 (gaji kasar) ke bawah layak memohon penangguhan kecuali peminjam yang telah menyertai Debt Management Programme (DMP) di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi pinjaman PTPTN.
  • Permohonan penangguhan boleh dibuat mulai 1 Mac 2023 melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my.
  • Peminjam perlu melengkapkan maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan, memuat naik dokumen pendapatan bulanan terkini dan membuat perakuan kebenaran ke atas maklumat yang diberikan.
  • PTPTN akan memaklumkan status kelulusan melalui e-mel yang dikemas kini semasa peminjam membuat permohonan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan diterima.
  • Peminjam yang diluluskan penangguhan, akan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik berkuatkuasa. Kos pentadbiran atau ujrah juga tidak dikenakan sepanjang tempoh penangguhan diberikan.

Cara Membuat Penangguhan Bayaran PTPTN

Ramai yang bertanya, adakah kalau buat penangguhan bayaran balik, kos ujrah akan dikira seperti biasa?

Jangan khuatir. Untuk pengetahuan peminjam, kos ujrah tidak akan dikenakan sepanjang tempoh penangguhan diberikan.

PTPTN kongsikan 3 langkah untuk anda membuat permohonan penangguhan bayaran balik.

3 Langkah mudah dapatkan permohonan penangguhan bayaran PTPTN

1) Layari Portal Rasmi PTPTN

Buat permohonan dengan melalyari:

https://www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalik/

2) Isi Maklumat Lengkap

Isi maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan serta membuat perakuan kebenaran ke atas semua maklumat yang diberikan.

3) Semak Status Permohonan

Semak status kelulusan melalui e-mel dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan dibuat.

Info Lanjut

Sebarang makluman akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Hebahan lanjut akan dilakukan dari semasa ke semasa di portal rasmi PTPTN serta saluran media baharu rasmi PTPTN (Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok)

Laman web – https://www.ptptn.gov.my/ 

Facebook PTPTN – https://www.facebook.com/PTPTNOfficial 

Twitter PTPTN: https://twitter.com/ptptnofficial 

Instagram PTPTN: https://www.instagram.com/ptptnofficial/ 

TikTok PTPTN: https://www.tiktok.com/@ptptnofficial 

Soalan Lazim

Soalan lazim mengenai diskaun dan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN, sila rujuk https://www.ptptn.gov.my/soalan-lazim/

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!