Monday, February 19, 2024
HomeBantuan PKSTUNS Extra 2023: Tabung Pembangunan Usahawan N9

TUNS Extra 2023: Tabung Pembangunan Usahawan N9

TUNS Extra: Bantuan Pembiayaan dalam bentuk “Matching Grant” berjumlah sehingga RM30,000 yang disasarkan kepada Semua Usahawan di Negeri Sembilan.

Untuk tahun 2023, Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukan RM3 juta untuk Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS), RM3 juta untuk TUNS Plus dan RM1 juta untuk TUNS Extra.

(TUNS) Extra mula diperkenalkan dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2023 pada November yang lalu oleh Menteri Besar Negeri Sembilan bagi membantu usahawan di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, TUNS Extra ini akan membantu usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka secara geran padanan sehingga RM30,000.

Inisiatif ini diwujudkan kerana TUNS dan TUNS Plus yang diperkenalkan sebelum ini mendapat sambutan daripada usahawan tempatan,” kata Aminuddin.

Apa itu TUNS EXTRA?

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai TUNS Extra;

  1. TUNS Extra merupakan bantuan pembiayaan dalam bentuk GERAN PADANAN (MATCHING-GRANT) berjumlah sehingga RM30,000.00 yang disasarkan kepada usahawan di Negeri Sembilan.
  2. Cadangan projek mestilah mempunyai elemen KREATIF/ INOVATIF/ NILAI TAMBAH kepada perniagaan.
  3. Pembiayaan geran padanan ini adalah berkonsepkan BAYARAN BALIK (reimbursement) pada nisbah 50:50.
  4. Kos Projek: BOLEH melebihi RM60,000.00 tetapi TIDAK BOLEH LEBIH daripada RM100,000.00.
  5. Tempoh pelaksanaan projek: TIGA (3) BULAN DARI KELULUSAN.
  6. Tuntutan semula bagi projek yang SEDANG/ TELAH DIJALANKAN juga adalah DIBENARKAN (tetapi TIDAK LEBIH 180 HARI dari tarikh projek selesai). 
  7. Contoh: Manual Car Wash > Automated Car Wash

Tempoh Permohonan

Pemohon yang layak boleh membuat permohonan sehingga 31 Mei 2023.

Kategori Pemohon

Kategori Pemohon TUNS Extra

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia dan merupakan anak Negeri Sembilan atau pengundi di Negeri Sembilan;
  2. Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197)/ Sijil Amalan Profesional daripada Badan-Badan Pengiktiraf dan masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan;
  3. Mempunyai lesen / permit perniagaan dan sijil-sijil perakuan yang diiktiraf dan masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan;
  4. Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;Mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM1 juta;
  5. Mempunyai premis / tapak / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak;
  6. Telah beroperasi sekurang-kurangnya 18 bulan;
  7. Pemohon tidak berstatus muflis;
  8. Mempunyai premis/ tapak/ lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak;
  9. Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa; dan
  10. Tidak mempunyai kepentingan dengan pembekal perkhidmatan.

Kelayakan Perniagaan

Semua jenis perniagaan adalah layak memohon pembiayaan ini, kecuali:

  1. Institusi kewangan;
  2. Perkhidmatan insurans;
  3. Pembekalan tenaga kerja;
  4. Ejen jualan produk, dropship dan Multi-Level Marketing;
  5. Perniagaan yang salah di sisi undang-undang; dan
  6. Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi/mematuhi nilai-nilai moral masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain.

Cara Memohon

Pemohon yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan, boleh memohon dengan mengisi borang yang boleh diperolehi di laman portal berikut;

>>Muat-turun Borang Permohonan TUNS Extra<<

Panduan Penyediaan Kertas Kerja Projek – Permohonan TUNS EXTRA boleh dilihat melalui pautan berikut;

>>Panduan Penyediaan Kertas Kerja Projek<<

Penghantaran Borang

Borang dan dokumen yang lengkap perlu diserahkan dengan serahan tangan ke alamat seperti berikut : 

Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan 
(Bahagian Pembangunan Usahawan) 
23-H, Tingkat Bawah, Jalan Zaaba 70100, Seremban 
Negeri Sembilan Darul Khusus. 

Tel : 06-7616871 (2 Lines) 
Faks: 06-7616877 

TUNS EXTRA 2023

Info dan Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS)
PKNNS, 23-H, Jalan Zaaba,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan.

Telefon : 06-761 6871
Faks : 06-762 6291
Hotline : 019-752 3251

E-mel : [email protected]
Facebook : Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan – PRUNS

Bantuan Teknikal

Pada Waktu Pejabat (Isnin – Jumaat)
9.00 pagi hingga 5.00 petang
Sila Whatsapp ke 019-7523251

Selepas Waktu Pejabat (Setiap Hari)
Sila Whatsapp ke 012-3968657 (Nik Fariz)

Sumber: TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI SEMBILAN (TUNS)

Poster TUNS Extra 2023

Bantuan Terkini Malaysia MADANI 2024

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!