Sunday, October 1, 2023
HomeSemasaBantuan Prihatin Pahang (BPP 2021) kepada mereka terkesan PKP, PKPD

Bantuan Prihatin Pahang (BPP 2021) kepada mereka terkesan PKP, PKPD

Pengumuman Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID:19 sebanyak RM78 juta yang diberikan secara bersasar oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan semalam, disambut gembira oleh rakyat Negeri Pahang.

Menurut seorang peniaga. Huan Julita Razak, bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu peniaga yang terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

“Ditambahkan dengan kes jangkitan makin meningkat, ramai pelanggan. memilih untuk tidak keluar rumah dan ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada perniagaan yang dijalankan,” katanya ketika ditemui Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) di sini hari ini.

Beliau juga menzahirkan ucapan syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Pahang dan khususnya kepada YAB Menteri Besar Pahang atas pengumuman bantuan tersebut.

Seorang lagi peniaga, Encik Mohd Hafiz Abdul Ghani berkata, bantuan ini akan membantu ramai peniaga dalam meneruskan perniagaan terutamanya dalam mengharungi pandemik COVID-19 ini

“Terima kasih kepada Kerajaan Pahang khususnya kepada YAB Menteri Besar Pahang yang memberikan peruntukan kepada peniaga kecil-kecilan seperti saya,” katanya.

Puan Shaidatul Fahira Mohd Sukor berkata, bantuan ini sedikit sebanyak dapat digunakan bagi menampung keperluan perniagaan yang terkesan sepanjang PKPD dilaksanakan.

Beliau yang merupakan seorang pengusaha kedai makan mengakui terkesan dengan PKPD berikutan jumlah pelanggan yang semakin berkurangan.

“Dengan bantuan tersebut dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan perniagaan dan lain-lain keperluan,” katanya.

Encik Danial Aidil Jaafar pula menyifatkan bantuan yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar Pahang secara bersasar kerana di musim pendemik ini tidak semua golongan yang terkesan.

Beliau juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada VAB Menteri Besar Pahang dan mendoakan segala kebaikan yang dibuat mendapat ganjaran sebaiknya daripada Allah SWT.

Sumber: PAHANGMEDIA

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!