Tambahan Kadar Bantuan Prihatin Rakyat Melalui PEMERKASA+

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan KhasProgram Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+)  pada 31 Mei 2021, mengumumkan pertambahan kadar Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) susulan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19.

Dalam hal ini, Kerajaan memperuntukkan RM2.1 bilion bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR melalui pengumuman terkini Perdana Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan perutusan khas tersebut berkata, bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500 akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500 dan isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima kadar sebanyak RM300.

Sementara bagi golongan bujang pula akan menerima RM100.

Bantuan Prihatin Rakyat PEMERKASA+

“BPR tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti. “Bayaran ini adalah tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September kelak sebanyak RM2.4 bilion.

Nilai Bantuan Bantuan Prihatin Rakyat PEMERKASA+

“Seterusnya, saya juga mendengar permintaan rakyat supaya kerajaan menimbang semula pemberian moratorium.

“Sehubungan itu, hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium.

“Oleh itu, bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, anda diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh enam enam bulan,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan PKP 3.0 di sini, malam ini.

Sementara itu, bagi mengurangkan beban pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah yang terkesan sepanjang sekatan pergerakan penuh, kerajaan memberi bantuan khas secara ‘one-off’ sebanyak RM500.

Scroll to Top