Permohonan & Pendaftaran Plat Selangor (PLATS) PKS Mikro 2021

Ketika awal penularan pandemik Covid-19, Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin bin Shari telah melancarkan Plat Selangor (PLATS) bagi membantu menggerakkan ekonomi kecil dan sederhana mikro (PKS) khususnya penjaja dan peruncit di negeri selangor.

Pendaftaran untuk penyertaan Plats adalah percuma. Dan kini lebih daripada 2000 PKS telah mendaftar di bawah PLATS.

Melalui PLATS, PKS Mikro boleh mempelajari asas berkaitan pendigitilan, menerima bantuan pembiayaan serta latihan keusahawanan yang berkaitan.

Selain itu, rakan strategik PLATS iaitu GRAB juga bersedia berkerjasama melalui Grab Express bagi membantu menyelesaikan isu penghantaran bagi peniaga-peniaga yang menyertai Program Plats.

Apa itu Plat Selangor?

Platform Selangor atau PLATS adalah sebuah platform promosi dan direktori digital yang dibangunkan untuk menggerakkan ekonomi penjaja dan peruncit Selangor.

Krisis pandemik yang meruncing telah menyebabkan keadaan ekonomi menjadi tidak menentu dan langsung telah menjejaskan hasil pendapatan para penjaja dan peruncit kecil di Selangor.

Bergerak bersama arus pendigitalan, PLATS telah mengorak langkah pertama pada tahun 2020 dengan melancarkan PLATS e-bazaar, Bazar Ramadan Digital yang pertama di Malaysia. Menjelang tahun 2021, PLATS 2.0 telah bergerak dengan lebih agresif dan telah menjadi platform pemangkin digitalisasi bagi negeri Selangor Darul Ehsan.

Kelebihan Plat Selangor

PLATS memberi banyak peluang serta kelebihan buat para penjaja dan peruncit di Selangor. 

Dengan menjadi sebahagian dari penyenaraian di direktori digital PLATS, antara kelebihan yang boleh diterokai:

  1. Akses Bantuan Pendigitalan. Ia mewujudkan Rakan Digital Selangor untuk membantu warga sasaran di dalam mempelajari pengetahuan asas pendigitalan.
  2. Akses Bantuan Pembiayaan. PLATS juga berhasrat untuk membantu penjaja & peruncit dari segi bantuan kewangan yang lebih berkesan.
  3. Akses Latihan Keusahawanan. PLATS bertindak sebagai platform penghubung antara komuniti dengan kerajaan dengan tujuan untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.

Pendaftaran Plats Selangor

Bagi peniaga atau peruncit yang ingin mendaftar di bawah platform ini, layari laman portal PLATS https://platselangor.com/ 

Kemudian klik pada butang “DAFTAR PLATS”.

Maklumat yang perlu di isi

Terdapat 5 bahagian yang perlu di isi iaitu;

  1. Pendaftaran sebagai peniaga atau peruncit.
  2. Nama perniagaan 
  3. No. pendaftaran/ no. lesen perniagaan
  4. Jenis lesen perniagaan
  5. Nombor Telefon.

Bagaimana PLATS dapat membantu saya sebagai penjaja?

Dengan menyertai komuniti penjaja PLATS, anda akan berada di dalam direktori Kerajaan Selangor yang akan memberikan pelbagai manfaat. Ianya juga dapat membantu perniagaan dari segi pemasaran yang mudah.

Pertanyaan dan Info lanjut

Untuk sebarang info dan maklumat lanjut tentang program ini, sila layari pautan berikut;

  1. Facebook : https://www.facebook.com/platselangor
  2. Laman Web: https://platselangor.com/
Scroll to Top