[TERKINI] Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, telah mengumumkan bahawa pembayaran bagi bantuan STR Fasa 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023 bagi meringankan beban kewangan rakyat.
Dengan peruntukan lebih RM2 bilion, para penerima akan mendapat bayaran daripada RM100 sehingga RM1,300 mengikut kriteria kelayakan masing-masing.
Pembayaran akan dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima mulai 26 Jun – 5 Julai 2023, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 26 Jun 2023.
Mudah-mudahan dengan adanya pengumuman bayaran STR Fasa 3 ini dapat meringankan rakyat dalam membuat persiapan dan perancangan untuk hari Raya Aidiladha tahun ini.
Tarikh Bayaran Bantuan STR Fasa 3
Bayaran fasa 3 STR dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023.
Oleh yang demikian, tarikh bayaran adalah secara berperingkat mulai 26 Jun 2023 – 5 Julai 2023.
Cara Semakan Status Kelulusan STR 2023
Semakan status kelulusan STR boleh dibuat mulai 26 Jun 2023 melalui 5 kaedah berikut;
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM,
https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR >
Semakan Pembayaran Fasa 2; atau - Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran.
Bagi semakan secara online di laman portal STR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
- Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik menu semakan pembayaran fasa 2
- Klik maklumat pembayaran
Sekiranya layak STR fasa 3, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;
- Tarikh Kredit
- No.Pengenalan Akaun Dikredit
- Nama Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Tarikh Tunai
Siapa Yang Layak Menerima Fasa 3 STR?
Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada pemohon atau penerima yang lulus melalui semakan di portal MySTR.
Rayuan STR
Sebagai langkah memastikan program STR 3 ini disasarkan kepada mereka yang layak, tempoh permohonan rayuan juga akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julal 2023.
Bagi permohonan yang ditolak, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Neger Malaysia (LHDNM).
Maklumat lanjut berkaitan pembayaran STR 3 ini boleh dilayari di Portal Rasmi STR
Jadual & Jumlah Pembayaran STR Fasa 3
Berdasarkan siaran media terkini Kementerian Kewangan, penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 berdasrkan kelayakan masing-masing.
Kategori yang akan menerima bayaran fasa 3 adalah;
- Isi Rumah
- Warga Emas
- Bujang.
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran STR fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 26 Jun hingga 5 Julai 2023.
Penerima STR yang tiada akaun bank (termasuk Sabah dan Sarawak) pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Jun 2023 (Isnin).
Pembayaran STR Fasa 3 Melalui BSN
Pembayaran STR fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.
Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.
Semakan secara perbankan melalui myBSN boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;
https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
Bayaran STR Fasa 3 secara tunai pula akan turut dilakukan mulai 26 Jun 2023 (Isnin) di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.
Rujuk laman sesawang STR untuk maklumat lanjut.
Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.
Siaran Media
FAQ (Soalan Lazim)
Mulai 26 Jun 2023 hingga 5 Julai 2023.
Jumlah terkini yang diumumkan adalah antara RM100 hingga RM1300
1) Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2) Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
3) Menghubungi LHDM
4) Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
5) Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Penerima STR yang layak menerima bayaran fasa seterusnya adalah penerima yang berstatus lulus melalui semakan di MySTR.