Monday, February 19, 2024
HomePRN 2023MySPR Semak : Semakan Tempat Mengundi PRN Selangor 2023

MySPR Semak : Semakan Tempat Mengundi PRN Selangor 2023

Untuk memudahkan proses mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tidak lama lagi, para pengundi bolehlah membuat persiapan awal dengan membuat semakan awal seperti lokati, daerah mengundi, dun dan parlimen melalui MySPR Semak secara online.

MySPR Semak merupakan aplikasi yang disediakan sebagai inisiatif Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk memberi kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat semakan status pendaftaran pemilih dan tempat mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Di samping itu, aplikasi ini juga menyediakan kemudahan semakan calon dan keputusan pilihan raya.

Cara Semakan Daftar Pemilih dan Tempat Undi PRN Selangor 2023

Semakan maklumat Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 2023 boleh dilakukan dengan dua kaedah; 

  1. Aplikasi telefon pintar MySPR Semak
  2. Portal MySPR Semak

Cara Semakan melalui Portal MySPR Semak

Berikut adalah cara semakan melalui portal MySPR Semak untuk daftar pemilih Negeri Selangor dan lain-lain negeri;

  1. Layari laman portal https://mysprsemak.spr.gov.my/
  2. Klik pada pilihan SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  3. Sila masukkan No. Kad Pengenalan (cth: 98xxxxxxxxxx) / No. Perkhidmatan Tentera (cth: Txxxxx) / No. Perkhidmatan Polis (cth: RFxxxxx/RFSxxxxx/Gxxxxx). (Tanpa “-” atau jarak)
  4. Masukkan aksara captcha (4 angka)
  5. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat berikut;
  • Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina;
  • Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.
Maklumat Peribadi Pemilih PRN Selangor 2023

Semakan Daftar Pemilih Di Aplikasi MySPR Semak

  1. Muat turun aplikasi MySPR Semak seperti berikut:
  2. Isikan nombor kad pengenalan 12 angka
  3. Masukkan aksara captcha (4 angka)
  4. Semak maklumat peribadi dan kawasan pendaftaran anda yang memaparkan maklumat berikut;
  • Maklumat peribadi pemilih seperti nama penuh, no kad pengenalan, tarikh lahir dan jantina;
  • Daftar pemilih yang disahkan seperti lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan negeri.
Aplikasi MySPR Semak Telefon Pintar

Maklumat Pengundian

Setelah pihak SPR menerima notis pembubaran Dun daripada Menteri Besar Selangor, SPR akan menentukan tarikh PRN dalam tempoh 60 hari. 

Selepas tarikh PRN Selangor ditetapkan, maklumat pengundian dalam sistem MySPR Semak akan memaparkan beberapa perkara penting mengenai PRN Selangor seperti berikut;

  • Pusat Mengundi
  • Saluran
  • Bilangan
  • Masa Mengundi
  • Masa Keluar Mengundi Yang Digalakkan
  • Hari Mengundi

Waktu Keluar Mengundi

Berdasarkan PRU 15 pada November yang lalu, waktu mengundi bagi Semenanjung yang ditetapkan ialah bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang, manakala Sabah dan Sarawak akan bermula seawal pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

Pun begitu, waktu ini mungkin berubah sekiranya SPR menetapkan peraturan terbaharu dari semasa ke semasa.

Pengundi digalakkan keluar mengundi mengikut waktu yang dicadangkan oleh SPR bagi mengelakkan kesesakan di pusat mengundi.

Sila rujuk masa keluar mengundi yang digalakkan dalam MySPR Semak masing-masing bagi Negeri Selangor setelah semua maklumat pengundian dikemaskini dalam MySPR Semak.

Dokumen Yang Perlu Di Bawa Semasa Pergi Mengundi

“Alamak macam mana ni…terlupa bawa Kad Pengenalan! Takkan nak kena patah balik rumah semula???”

Sabar!

Jangan panik kerana dokumen-dokumen lain selain kad pengenalan masih boleh digunakan semasa mengundi.

Berikut adalah dokumen penting yang boleh menggantikan kad pengenalan semasa mengundi:

Dokumen Yang Perlu Di Bawa Semasa Pergi Mengundi PRN Selangor 2023

10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi

10 Langkah Pengundian Pada Hari Mengundi PRN Selangor 2023

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengeluarkan infografik bagi memudahkan para pengundi pada hari mengundi.

  1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh anggota polis yang mengawal selia pintu masuk.
  2. Serahkan MyKad/dokumen pengenalan diri dan slip semakan (sekiranya ada) kepada kerani pengundian pertama. Tunjukkan kedua-dua belah tangan untuk diperiksa.
  3. Kerani pengundian pertama akan memberikan MyKad/dokumen pengenalan diri kepada kerani pengundian kedua untuk pengesahan. Pastikan nombor kad pengenalan dan nama anda yang diteriakkan oleh kerani pengundian pertama adalah tepat.
  4. Bergerak ke hadapan kerani pengundian kedua. Celupkan jari telunjuk tangan kiri ke dalam botol dakwat pilihan raya apabila diminta oleh kerani pengundian kedua. – (kerani pengundian pertama akan membuat penandaan nama anda dalam buku daftar pemilih pilihan raya apabila jari anda dicelupkan ke dalam botol dakwat pilihan raya).
  5. Terima kertas undi dari kerani pengundian ketiga.
  6. Bergerak ke meja ketua tempat mengundi (ktm) untuk meninggalkan telefon bimbit. – (semua proses pengundian dijalankan dalam kehadiran ejen-ejen tempat mengundi yang bertugas).
  7. Maju ke petak undi dan tandakan “x” pada ruang kosong bersebelahan dengan nama dan simbol calon dalam kertas undi menggunakan pen. Pilih satu calon sahaja.
  8. Masukkan kertas undi dalam peti undi yang betul.
  9. Bergerak ke meja ktm sekali lagi untuk mengambil telefon bimbit.
  10. Segera tinggalkan tempat mengundi setelah selesai mengundi.

Larangan Penggunaan Telefon Bimbit Di Tempat Mengundi (Saluran)

Pengundi yang membawa telefon bimbit ke tempat mengundi perlu meletakkan telefon bimbit di tempat yang telah disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi

SPR menyeru orang ramai mematuhi langkah-langkah pengundian yang telah ditetapkan ketika berada di tempat mengundi.

Larangan Penggunaan Telefon Bimbit Di Tempat Mengundi (Saluran) PRN Selangor 2023

Tarikh Mengundi PRN Selangor

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan pada 23 Jun 2023 (Jumaat), dua hari sebelum genap tempoh penggalnya selama lima tahun pada Ahad.

Langkah itu memberi laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran diwartakan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mendapat perkenan pembubaran DUN itu selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pagi Isnin 19 Jun 2023.

Oleh yang demikian, tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN Selangor pada 23 Jun adalah tidak lebih daripada tarikh 22 Ogos 2023.

Untuk makluman, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 2018, DUN Selangor mempunyai 56 kerusi dengan 41 daripadanya adalah milik Pakatan Harapan (PH), lima kerusi Barisan Nasional (BN); Perikatan Nasional (PN) (tujuh) dan PEJUANG (tiga).

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline SPR di talian +603-8892 7018 atau layari laman sesawang https://www.spr.gov.my.

Soalan Lazim (FAQ)

Bagaimana cara semakan daftar Pemilih PRN Selangor 2023?

1. Portal https://mysprsemak.spr.gov.my/
2. Apliaski MySPR Semak

Bilakah tarikh mengundi PRN Selangor 2023?

Belum diumumkan

Bolehkah membawa telefon bimbit ketika mengundi?

Pengundi yang membawa telefon bimbit ke tempat mengundi perlu meletakkan telefon bimbit di tempat yang telah disediakan setelah menerima kertas undi dan mengambilnya semula setelah selesai mengundi.

Bantuan Terkini Malaysia MADANI 2024

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!