Monday, February 26, 2024
HomeBantuan IPTFlySiswa: Semakan Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar

FlySiswa: Semakan Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar

FlySiswa: Semakan Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan Untuk Pelajar Universiti Awam Bagi Laluan Domestik Antara Semenanjung, Sabah, Sarawak Dan Wilayah Persekutuan Labuan (Kementerian Pengangkutan Malaysia).

Susulan pengumuman berkaitan pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah dibuat pada 12 Julai 2023, Kementerian Pengangkutan memaklumkan bahawa pelaksanaan inisiatif ini bermula pada 15 Ogos 2023 (Selasa).

Pada 12 Julai yang lalu, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya kerajaan melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Lihat juga;

Apakah Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan FlySiswa?

Bantuan in adalah salah satu inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk mengeratkan hubungan antara Semenanjung dan Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan di samping menangani is kos sara hidup selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan in dapat mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman semasa cuti semester pengajian.

[Infografik] Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Universiti Awam

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan melalui Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan adalah sebanyak RM300.

Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan seramai lebih 56,000 pelajar daripada universiti awam dengan implikasi kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM16.8 juta.

Tarikh dan Tempoh Pelaksanaan

Pelaksananan inisiatif Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan ini bermula pada 15 Ogos 2023 (Selasa).

Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. 

Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Syarat Kelayakan

Antara terma dan syarat bagi bantuan subsidi tiket penerbangan ini adalah seperti berikut:

  1. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut;
    • berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
    • berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
    • berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
    • berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
    • berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia;
  2. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
  3. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline;
  4. Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan; dan
  5. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Semakan Kelayakan

Para pelajar universiti awam boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan berikut;

https://subsidiudara.mot.gov.my/

  • > Masukkan Nombor MyKad 
  • > Pilih Nama Universiti untuk semakan

Cara Pembelian Tiket & Penggunaan Baucar

Setelah membuat semakan, pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan berikut; 

  1. Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan FireFly) https://www.malaysiaairlines.com/my/en/cug/flysiswa.html 
  2. AirAsia https://www.airasia.com/en/gb 
  3. Batik Air https://batikair.com/ 
  4. MYAirline https://www.myairline.my/ 

Inisiatif ini dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi maksud pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.

Kaedah Pelaksanaan FLySiswa

Rayuan Bagi Yang Tidak Layak

Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing- masing.

Buat masa ini, pelajar yang layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023.

Siaran Media Kementerian Pengangkutan Malaysia 15 Ogos 2023

INISIATIF BANTUAN SUBSIDI PEMBELIAN TIKET PENERBANGAN UNTUK PELAJAR UNIVERSITI AWAM BAGI LALUAN DOMESTIK ANTARA SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Susulan pengumuman berkaitan pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah dibuat pada 12 Julai 2023, Kementerian Pengangkutan ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan inisiatif ini telah bermula pada hari ini (15 Ogos 2023).

Selaras dengan itu, para pelajar universiti awam boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan (https://subsidiudara.mot.gov.my/).

Setelah membuat semakan, pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline yang dipilih oleh pelajar melalui laman sesawang syarikat penerbangan tersebut.

Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing- masing. Buat masa ini, pelajar yang layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023.

Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan. Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.

Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, bantuan ini adalah salah satu initiatif Kerajaan Perpaduan untuk mengeratkan hubungan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan di samping menangani isu kos sara hidup selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

-TAMAT-

Siaran Media Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan 15 Ogos 2023_01
Siaran Media Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan 15 Ogos 2023_01

Download ;

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai inisiatif FlySiswa

Apakah inisiatif Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan FlySiswa?

Pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan in dapat mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman semasa cuti semester pengajian

Bilakah tempoh permohonan boleh dibuat?

Mulai 15 Ogos 2023 hingga 31 Disember 2023

Adakah semua pelajar Universiti layak?

Buat masa ini, pelajar yang layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023.

Bagaimana cara semakan Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan FlySiswa?

https://subsidiudara.mot.gov.my/

Setelah buat semakan, saya didapati tidak layak. Bolehkah saya membuat rayuan?

Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing- masing.

Bagaimanakah cara pembelian?

Setelah membuat semakan, pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan berikut; 
1) Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan FireFly)
2) AirAsia
3) Batik Air
4) MYAirline

Bantuan Terkini Malaysia MADANI 2024

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!