Selain bantuan pendidikan lain, Yayasan Pendidikan MAIDAM turut menyediakan Bantuan Tambang Penerbangan buat Pelajar IPT anak-anak negeri Terengganu daripada kategori asnaf fi sabilillah dan miskin di negeri ini.
Objektif bantuan ini adalah bagi meringankan bebanan kewangan pelajar dalam membiayai kos penerbangan bagi mereka yang ingin pulang ke tanah air setelah tamat pengajian atau yang ingin pulang, tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi.
Maklumat berkaitan Bantuan Tambang Penerbangan ini adalah sebagaimana berikut.
Apa itu Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT Yayasan MAIDAM
Bantuan ini bertujuan membantu para pelajar yang telah tamat pengajian dan ingin pulang ke tanah air tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi dan membiayai kos penerbangan para pelajar yang terlibat dengan program khas tajaan MAIDAM.
Syarat-syarat Bantuan Tambang Penerbangan
- Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
- Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
- Permohonan perlu dibuat dan dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tamat pengajian.
- Tahap pengajian yang akan dipertimbang hanya Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja.
- Bagi pelajar luar negara,mestilah tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran, tajaan,mahupun terlibat dengan program tajaan khas YPM atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan lain.
- Bagi pelajar dalam negara, hanya yang menuntut di negeri Sabah & Sarawak dan tidak mempunyai apa-apa pembiayaan (kecuali persendirian atau pinjaman PTPTN) sahaja yang layak dipertimbangkan.
- Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja
- Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
- Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
- Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat manamana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.
- Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000.00 sebulan bagi pengajian dalam dan luar negara.
Senarai Semak Dokumen
- Salinan sijil ijazah asal/ sementara (Syahadah Muaqqatah)
- Salinan surat pengesahan tamat belajar dan pengesahan status pembiayaan pengajian sepanjang tempoh pengajian.
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik dalam tanggungan.
- Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ Penjaga.
- Salinan asal tiket kapal terbang.
- Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.
- Salinan sijil kematian/ cerai (jika berkaitan).
- Slip permohonan.
*Slip permohonan, surat akuan pendapatan dan surat akaun mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM. Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB)
Kaedah Permohonan
Permohonan boleh dibuat secara “online” melalui taman web Yayasan Pendidikan MAIDAM;
http://yp.maidam.gov.my/iptonline/
Permohonan perlulah dibuat dan dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tamat pengajian.
Sila lihat garis panduan mengisi borang permohonan melalui laman berikut;
http://yp.maidam.gov.my/iptonline/guideline/garispanduanpengisianbt.pdf
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang kekeliruan boleh membuat pertanyaan di media sosial (Facebook Yayasan Pendidikan MAIDAM) atau boleh hubungi di 09-622 3500/09-622 5600
Sertai Telegram untuk mendapatkan pelbagai info Yayasan Pendidikan MAIDAM : https://t.me/yayasanpendidikanMAIDAM
Sumber: Yayasan Pendidikan MAIDAM
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.