Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah membuka skrin kemas kini permohonan BKM 2022 yang berstatus lulus untuk membuat kemas kini maklumat asas masing-masing.
Penerima BKM yang ingin membuat kemaskini maklumat di nasihatkan untuk berbuat demikian sebelum tarikh tutup.
Tujuan Kemas Kini Maklumat BKM 2022
Pembukaan skrin kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah bagi membenarkan Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus untuk membuat kemas kini maklumat asas terhad seperti maklumat berikut:
- Nombor Telefon Rumah
- Nombor Telefon Bimbit
- Alamat e-Mel
- Nama dan Nombor Akaun Bank*
- Maklumat Wakil
*Terhad kepada akaun bank pemohon sekiranya status bayaran BKM 2022 adalah Gagal Kredit atau Tunai sahaja
Kaedah Kemas Kini Maklumat
Kemas kini maklumat boleh dibuat seperti berikut:
- Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bkm.hasil.gov.my ; atau
- Penghantaran borang kemas kini di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.
Anda digalakkan untuk membuat kemas kini secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.
Cara Kemas Kini Maklumat Melalui Online
Sekiranya anda membuat Kemas kini melalui online https://bkm.hasil.gov.my;
- Tekan log masuk MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Klik Butang Semak
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik Log Masuk
- >> KLIK KEMASKINI MAKLUMAT ASAS PEMOHON
- Buat pindaan pada maklumat yang ingin di kemas kini
- Klik Simpan

Borang Kemas Kini Maklumat
Borang kemas kini boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi MyBKM 2022;
atau boleh didapati di Cawangan / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.
Borang juga boleh di download di bawah ini sekiranya anda menghadapi kesukaran melalui 2 kaedah di atas;
Tempoh Kemas Kini
Tempoh pembukaan semula skrin Kemas Kini Maklumat Asas bagi permohonan berstatus Lulus dan tidak mengemukakan Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut:
- mulai 20 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022*.
- mulai 08 Julai 2022* sehingga 29 Julai 2022*.
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
Tempoh kemas kini maklumat dibuka secara bertempoh pada tarikh yang ditetapkan sahaja seperti tarikh di atas.
Maklumat wakil baharu akan dikemas kini dan diserahkan kepada pihak BSN pada setiap hujung bulan.
Wakil tersebut boleh hadir ke BSN bagi tujuan penunaian bayaran BKM 2022 atau tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022 berdasarkan jadual di bawah:

Info Lanjut
Sebarang info lanjut, sila rujuk soalan lazim FAQ melalui pautan di bawah;
Sumber: Portal MyBKM
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.
Soalan Lazim (FAQ)
Bagi membenarkan Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 yang berstatus Lulus untuk membuat kemas kini maklumat asas terhad berikut:
1. Nombor Telefon Rumah
2. Nombor Telefon Bimbit
3. Alamat e-Mel
4. Nama dan Nombor Akaun Bank
5. Maklumat Wakil
1. Secara online di portal MyBKM https://bkm.hasil.gov.my ; atau
2. Penghantaran borang kemas kini di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.
1. mulai 20 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022.
2. mulai 08 Julai 2022* sehingga 29 Julai 2022.