Friday, October 7, 2022
HomeBantuan PKSSkim Pembiayaan Mikro-i Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK 2.0)

Skim Pembiayaan Mikro-i Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK 2.0)

Bank Rakyat menawarkan Program Pembiayaan Mikro-i untuk Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK 2.0), eksklusif untuk usahawan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Apa yang menariknya, skim ini menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 dengan kadar faedah / kadar keuntungan 0 peratus dengan tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun.

Berikut merupakan maklumat mengenai Skim Pembiayaan Mikro-I Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK).

Apa itu Skim Pembiayaan Mikro-I Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK 2.0)?

MPPK 2.0 merupakan inisiatif pembiayaan untuk menyokong kesinambungan perniagaan yang baru muncul daripada krisis COVID.

Ia khas untuk usahawan Mikro dan Informal khusus yang menjalankan perniagaan secara dalam talian (online).

Objektif Skim Pembiayaan Mikro-i Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK 2.0) adalah untuk membantu usahawan Mikro dan Informal dalam mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan supaya dapat berdaya saing pasca Pandemik COVID-19.

Ciri-Ciri MPPK 2.0

Berikut merupakan maklumat berkaitan pembiayaan yang ditawarkan;

PERKARAPENERANGAN
Peruntukan 2 Juta
Saiz PembiayaanSehingga RM10,000
Tempoh Bayaran PembiayaanSehingga 5 Tahun
Moratorium12 Bulan
Kadar Keuntungan 0%
Semakan CCRIS & CTOSDikecualikan
Program Pembiayaan Mikro-i untuk Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK 2.0)

Syarat dan Kelayakan

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 – 60 tahun
  • Terbuka kepada individu
  • Penjaja atau peniaga kecil yang menjalankan mikro enterprise secara sepenuh masa
  • Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Bagi pelanggan informal, surat pengesahan berniaga daripada ketua komuniti perlu diperolehi
  • Aktiviti perniagaan mestilah patuh Shariah

Cara Memohon

Layari pautan di bawah untuk permohonan secara atas talian;

https://qr2e.bankrakyat.com.my/

Seterusnya ikuti langkah berikut;

  1. Pilih menu e-biz suite
  2. Pilih menu Pembiayaan Mikro-i
  3. Pelanggan perlu memilih sama ada teruskan permohonan atau sesi rundingan dan khidmat nasihat. 

Sekiranya anda memilih untuk meneruskan permohonan, anda perlu mengisi beberapa maklumat berkaitan permohonan, organisasi/perniagaan, maklumat pasangan/perujuk dan akuan perkongsian maklumat.

Info lanjut permohonan

Sila hubungi Bank Rakyat di 1-300-80-5454 atau [email protected]  atau kunjungi Laman Khas Bank Rakyat  

Maklumat lanjut, layari https://qr2e.bankrakyat.com.my 

Sumber: Bank Rakyat dan Portal Bajet 2022

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu  Skim Pembiayaan Mikro-i Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK)? 

MPPK merupakan Inisiatif pembiayaan untuk menyokong kesinambungan perniagaan yang baru muncul daripada krisis COVID.

Berapakah Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan?

Sehingga RM10,000

Berapakah Tempoh Bayaran Pembiayaan?

Sehingga 5 Tahun

Apakah Ada Moratorium Bagi Pembiayaan Ini?

Ya, 12 Bulan Moratorium

Berapakah Kadar Keuntungan?

0 % (Tanpa Faedah)

Adakah Perlu Buat Semakan CCRIS/CTOS?

Dikecualikan

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!