Pembayaran Bantuan Tunai Tambahan dan BKM 2022
Mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini, Kerajaan mengambil keputusan untuk menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.
Bayaran bantuan tunai tambahan ini dibayar dibawah Fasa 2 BKM melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta.
Sebelum ini, Kerajaan memperuntukkan bayaran BKM untuk golongan bujang muda hanya dibawah Fasa 1 dan Fasa 3 sahaja. Namun pada Fasa 2 BKM kali ini, kerajaan memberikan insentif istimewa pada golongan bujang dengan memberi bantuan tunai tambahan.
Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun 2022 (Isnin) melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 bilion.
Apakah itu Bantuan Tunai Tambahan (BTT)?
Bantuan Tunai Tambahan ialah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan B40 bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup dan kenaikan harga barang. Hanya permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus layak Bantuan Tunai Tambahan.

Kelayakan BKM 2022?
Permohonan BKM 2022 yang layak menerima bayaran BKM 2022 adalah merujuk kepada Permohonan BKM 2022 berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
Bantuan Tunai Tambahan (BTT) diberikan kepada permohonan Bantuan Keluarga Malaysia
(BKM) 2022 yang berstatus Lulus.
Cara Semakan Bantuan Tunai Tambahan
Semakan status BKM boleh dibuat mulai 27 Jun 2022 (Isnin) melalui laman portal My BKM iaitu;
- Tekan log masuk MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Klik Butang Semak
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik Log Masuk
- >> KLIK SEMAKAN STATUS
- >> KLIK MAKLUMAT PEMBAYARAN
Pemohon yang telah membuat semakan akan dipaparkan maklumat berikut;
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit
- Nama Penerima
- Fasa Pembayaran (BTT – Bantuan Tunai Tambahan)
- Jumlah dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- Nombor Akaun Bank

Jumlah Bayaran
Bayaran bagi BTT adalah RM100 bagi isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang.
Jumlah BTT ini tidak termasuk jumlah bayaran bagi fasa 2 bagi setiap kategori.
Jadi, jumlah keseluruhan bayaran bagi BKM FASA 2 dan BANTUAN TUNAI TAMBAHAN adalah sebagaimana berikut;
i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500
BIL ANAK | 0 ANAK | 1-2 ANAK | 3 ANAK & KE ATAS |
Fasa 2 | RM200 | RM300 | RM400 |
Bantuan Tunai Tambahan (BTT) | RM100 | RM100 | RM100 |
JUMLAH KESELURUHAN (FASA 2 + BTT) | RM300 | RM400 | RM500 |
b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000
BIL ANAK | 0 ANAK | 1-2 ANAK | 3 ANAK & KE ATAS |
Fasa 2 | RM100 | RM100 | RM100 |
Bantuan Tunai Tambahan (BTT) | RM100 | RM100 | RM100 |
JUMLAH KESELURUHAN (FASA 2 + BTT) | RM200 | RM200 | RM200 |
ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500
BIL ANAK | 0 ANAK | 1-2 ANAK | 3 ANAK & KE ATAS |
Fasa 2 | RM200 | RM300 | RM400 |
Bantuan Tunai Tambahan (BTT) | RM100 | RM100 | RM100 |
JUMLAH KESELURUHAN (FASA 2 + BTT) | RM300 | RM400 | RM500 |
b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000
BIL ANAK | 0 ANAK | 1-2 ANAK | 3 ANAK & KE ATAS |
Fasa 2 | RM100 | RM100 | RM100 |
Bantuan Tunai Tambahan (BTT) | RM100 | RM100 | RM100 |
JUMLAH KESELURUHAN (FASA 2 + BTT) | RM200 | RM200 | RM200 |
iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)
a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500
BIL ANAK | 1-2 ANAK | 3 ANAK & KE ATAS |
Fasa 2 | RM300 | RM400 |
Bantuan Tunai Tambahan (BTT) | RM100 | RM100 |
JUMLAH KESELURUHAN (FASA 2 + BTT) | RM400 | RM500 |
b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000
BIL ANAK | 1-2 ANAK | 3 ANAK & KE ATAS |
Fasa 2 | RM100 | RM100 |
Bantuan Tunai Tambahan (BTT) | RM100 | RM100 |
JUMLAH KESELURUHAN (FASA 2 + BTT) | RM200 | RM200 |
iv. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
Pendapatan RM0-RM2500
Fasa | Jumlah |
Fasa 2 | – |
Bantuan Tunai Tambahan (BTT) | RM50 |
JUMLAH KESELURUHAN (FASA 2 + BTT) | RM50 |
v. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
Pendapatan RM0-RM5000
Fasa | Jumlah |
Fasa 2 | RM150 |
Bantuan Tunai Tambahan (BTT) | RM50 |
JUMLAH KESELURUHAN (FASA 2 + BTT) | RM200 |
Untuk maklumat yang lebih jelas, anda boleh merujuk jadual yang disediakan di bawah;


![iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] - Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)](https://bantuanrakyat.my/wp-content/uploads/2022/06/iii.-Kategori-Isi-Rumah-Ibu-Bapa-Tunggal-IBT-Mempunyai-Anak-Tiada-had-umur-pemohon-dengan-amaun-tambahan-IBT-mempunyai-anak-RM500-1.jpg)

Cara Bayaran
Kaedah pembayaran BKM 2022 dan Bantuan Tunai Tambahan adalah seperti berikut:
- Kredit ke akaun bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat. Pembayaran fasa seterusnya akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang sama. - Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
a) Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022.
b) Pembayaran BKM 2022 dan Bantuan Tunai Tambahan berstatus Gagal Kredit.
FAQ (Soalan Lazim) BTT
Bantuan Tunai Tambahan ialah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan B40 bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup dan kenaikan harga barang. Hanya permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus layak Bantuan Tunai T ambahan.
– RM100 untuk isi rumah
– RM50 untuk bujang
Mulai 27 Jun 2022