Bantuan Pendidikan Wakaf Manfaat Ahmad Dawjee Dadabhoy MAIWP

Permohonan Bantuan Pendidikan Wakaf Manfaat Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy kini dibuka!!

Pusat Wakaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuka permohonan kepada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar diploma dan pelajar ijazah yang berkelayakan bagi Bantuan Pendidikan Wakaf Manfaat Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy.

Maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan adalah sebagaimana di bawah.

Mengenai Bantuan Pendidikan Wakaf Manfaat Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy 

Ahmad Dawjee Dadabhoy lahir pada 1907 di Gujerat, India. Beliau menceburi bidang perniagaan dan telah mengumpul kekayaan hartanah dan saham.

Allahyarham telah kembali ke Rahmatullah pada 24 Januari 1987 dan menyatakan hajat beliau untuk memberikan wakaf beliau yang terdiri daripada beberapa harta benda dan juga tabung dana kepada pihak penguatkuasa agama.

Tempoh Permohonan

Permohonan boleh dibuat mulai 27 Jun 2022 (Isnin) hingga  4 Julai 2022 (Isnin).

Syarat Permohonan

Untuk memohon bantuan ini, syarat kelayakan adalah sebagaimana berikut;

  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 4,850.00
  • Tidak menerima bantuan Pendidikan dari mana-mana pihak/agensi 
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang belajar di sekolah / Institusi pendidikan di Wilayah Persekutuan

Jumlah dan Kategori Bantuan

Terdapat 4 kateogir bantuan iaitu unutk pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar diploma dan pelajar ijazah dengan jumlah bantuan sebagaimana berikut;

  • Sekolah Rendah = RM300
  • Sekolah Menengah = RM400
  • Diploma = RM800
  • Ijazah = RM1000

Cara Memohon

Borang permohonan Bantuan Pendidikan Wakaf Ahmad Dawjee boleh dimuat turun (download) melalui pautan berikut;

https://wakafwilayah.org/

Atau terus ke pautan Google Drive;

https://drive.google.com/file/d/1gLwXOf-bSrQg0I0uwUEefGHqWzvqBgpD/view

Ataupun daripada butang di bawah;

Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen-dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Pusat Wakaf MA/W/P Sdn. Bhd.
Aras 26,
Menara Imarah Wakaf (Menara Bank Islam),
No. 22, Jalan Perak,
50450 Kuala Lumpur.

atau emel : [email protected] 

Hanya borang permohonan berserta dokumen yang lengkap sahaja akan diproses

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon / Sijil Kelahiran bagi pemohon berumur 12 tahun ke bawah
  • Salinan Kad Pengenalan bapa / penjaga
  • Salinan Kad Pengenalan ibu / pasangan penjaga
  • Salinan penyata gaji/akuan sumpah pendapatan/penyata pencen/perkeso bapa/ penjaga
  • Salinan penyata gaji/akuan sumpah pendapatan/penyata pencen/perkeso ibu / pasangan penjaga
  • Salinan bil utiliti/ cukai pintu yang terkini
  • Salinan kad pelajar pemohon (bagi pelajar Institusi Pendidikan)
  • Salinan penyata akaun bank pelajar yang masih aktif / muka depan buku Bank tanpa kad/akaunbersama (bagi pelajar sekolah rendah) / buku akaun persendirian (bagi pelajar sekolah menengah)
  • Borang pengesahan maklumat individu bagi bayaran melalui pindahan secara eletronik (EFT) *borang ini boleh muat turun di Laman sesawang : http://www.wakafwilayah.org  

Info dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi : 

  • 03-2181 2846 ( Pejabat) 
  • 011-6329 0277 ( Whatapps)

Layari https://wakafwilayah.org/ untuk info lanjut.

Sumber: Wakaf Wilayah

Bantuan Pendidikan Manfaat Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy
Scroll to Top