Bantuan Peralatan Perniagaan Asnaf Fakir dan Miskin Majlis Agama Islam Melaka 2022.
Sukacitanya Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyediakan Bantuan Peralatan Perniagaan bagi asnaf fakir dan miskin negeri Melaka.
Pemohon yang menepati syarat-syarat yang dikemukakan bolehlah membuat permohonan ini.
Tempoh Permohonan
Permohonan bagi Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM ini terbuka sepanjang tahun.
Jumlah Bantuan
Bantuan yang boleh dipohon adalah dari RM500 hingga RM10,000.
Bantuan ini tidak perlu dibayar balik.
Jenis Bantuan
Bantuan yang boleh dipohon adalah bantuan peralatan perniagaan seperti kerusi, khemah, meja lipat, mesin jahit dan lain-lain lagi.
Syarat Umum Pemohon Bantuan Alat Perniagaan
Pemohon hendaklah menepati syarat-syarat berikut;
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Melaka tidak kurang dari (2) dua tahun dan masih menetap di Melaka
- Merupakan asnaf fakir dan miskin di negeri Melaka
- Pendapatan kurang / tidak melebihi pengiraan Had al-Kifayah yang ditetapkan oleh MAIM
Dokumen Yang Diperlukan
- Borang permohonan (Borang Bantuan Am MAIM)
- Salinan Kad Pengenalan Malaysia
- Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang lengkap dan masih aktif
- Pengesahan Pendapatan Bulanan (Yang telah disahkan)
- Salinan Penyata Bank (Bank yang masih aktif)
- Sebut Harga Alat Perniagaan
Dokumen Sokongan :
- Gambar Perniagaan / Produk Jualan
- Kertas Kerja Perniagaan
- Rekod Aliran Perniagaan (Dalam format Buku Lejar)
Cara Memohon
Pemohon yang ingin memohon bantuan peralatan perniagaan ini hendaklah mengisi borang yang disediakan.
Borang permohonan bolehlah didapati di Pusat Islam, Pejabat Cawangan Agihan Zakat dan Pejabat Badan Sukarelawan al-Taqwa MAIM.
Permohonan akan diproses sehingga 14 hari waktu bekerja.
Makluman kepada Pemohon
- Jumlah kelulusan tertakluk pada sebut harga pemohon dan kelulusan MAIM.
- Permohonan akan diproses setelah menerima dokumen keutamaan yang lengkap.
- Bantuan akan disalurkan setelah mendapat keputusan kelulusan dari pegawai dan mesyuarat (tempoh siasatan berdasarkan 14 hari waktu bekerja)
Info dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung bantuan peralatan perniagaan ini bolehlah hubungi maklumat berkikut;
Seksyen Pembangunan Insan Badan Sukarelawan al-Taqwa, No B-3, Jalan PNBB Seksyen 2, Bukit Baru 75150, Melaka. |
No Tel;
- 06-2868109
- 011-58914140
Facebook – Majlis Agama Islam Melaka – Rasmi
Sumber: Majlis Agama Islam Melaka

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.