Monday, October 2, 2023
HomeInfoBantuan Insentif Penternak Ruminan Jabatan Veterinar Terengganu

Bantuan Insentif Penternak Ruminan Jabatan Veterinar Terengganu

Sukacitanya Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu membuka permohonan bagi program Bantuan Insentif Penternak Ruminan kepada penternak-penternak yang berkelayakan di negeri ini.

Bantuan penternak ruminan Terengganu ini dibuka  kepada penternak berskala kecil dengan bagi jenis ternakan lembu/kerbau dan kambing/bebiri.

Sila baca dengan teliti maklumat dan  syarat kelayakan yang dikemukakan di bawah. 

Tarikh Permohonan

Permohonan Bantuan Insentif Penternak Ruminan Jabatan Veterinar Negeri Terengganu dibuka bermula 1 Julai sehingga 5 Julai 2022 (Selasa).

Borang permohonan perlulah dilengkapkan bersama dokumen sokongan dan dihantar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah sebelum atau pada tarikh 5 Julai 2022.

Permohonan awal diutamakan jika permohonan melebihi kuota yang telah ditetapkan.

Jenis Ternakan

  1. Lembu: ≤ 30 ekor
  2. Kerbau: ≤ 30 ekor
  3. Kambing: ≤ 50 ekor
  4. Bebiri: ≤ 50 ekor

Syarat-syarat Permohonan :

  1. Premis ternakan telah berdaftar dengan DVS.
  2. Penternak berskala kecil dengan kategori ternakan seperti di bawah:
    1. Lembu / kerbau ≤ 30 ekor
    2. Kambing / Bebiri ≤ 50 ekor
  3. Borang yang telah lengkap diisi (termasuk salinan kad pengenalan dan salinan penyata bank- nama dan nombor akaun bank perlu jelas).
  4. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran sebelum atau pada 5 Julai 2022.
  5. Permohonan dibuka bermula 1 Julai 2022 sehingga 5 Julai 2022.
  6. Permohonan awal diutamakan jika permohonan melebihi kuota yang telah ditetapkan.

Cara Memohon

Pemohon hendaklah mengisi borang permohan yang disediakan dengan  klik pautan ini berikut;

https://tinyurl.com/2a3kwn7b

Sekiranya menghadapi masalah dengan pautan di atas, anda boleh download borang yang disediakan di bawah;

Dokumen Yang Diperlukan

  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan penyata bank pemohon (nama & nombor akaun bank perlu jelas)

Info dan Pertanyaan

Keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) anda.

  • PPVD Kuala Terengganu : 09-6221822
  • PPVD Marang : 09-6187702
  • PPVD Dungun : 098481232
  • PPVD Kemaman : 09-8591235
  • PPVD Hulu Terengganu : 09-6814687
  • PPVD Setiu : 09-6097231
  • PPVD Besut : 09-6956030
  • PPVD Kuala Nerus : 09-6680184
Program Bantuan Insentif Penternakan Ruminan Terengganu

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!