Monday, October 2, 2023
HomeSemasaMajlis Walimatul Urus Perdana Terengganu Kembali Beraksi September Ini

Majlis Walimatul Urus Perdana Terengganu Kembali Beraksi September Ini

Tradisi perkahwinan beramai-ramai secara percuma atau Majlis Walimatul Urus Perdana yang dianjurkan oleh Kerajaan Terengganu kembali diteruskan pada September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat, berkata majlis akad nikah dan resepsi dikendalikan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu bertujuan membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan selain memudahkan proses perkahwinan.

Katanya, pasangan yang dipilih menyertai program itu tidak perlu mengeluarkan kos, sebaliknya semua peruntukan disediakan kerajaan negeri.

“Bagi pasangan daripada kalangan ibu atau bapa tunggal layak menerima insentif sebanyak RM1,000.00 setiap seorang.

“Dan juga kepada pasangan yang berminat dan layak akan diberikan  pinjaman modal perniagaan maksima RM20,000.00 di bawah Program Jaya Diri (PJD) YPKT,” katanya.

Tambah beliau lagi, bakal pengantin lelaki berusia 45 tahun ke atas dan pengantin perempuan berusia 40tahun keatas dikecualikan mengikuti kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) kendalian Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu.

Sementara itu, Hanafiah turut berkata  program yang dilaksanakan sejak tahun 2016 sehingga 2019 telah berjaya memanfaatkan 1,167 pasangan.

“Pada tahun 2020 dan 2021 program ini ditangguhkan atas faktor pendemik COVID-19 dan kini kembali beraksi setelah sekian lama berehat,”ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program bantuan perkahwinan untuk rakyat Terengganu ini juga, sila layari laman web rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu https://www.ypkt.gov.my/ 

Sumber: BERNAMA

Info Lanjut Walimatul Urus Perdana Negeri Terengganu

Objektif

  • Membantu golongan muda memudahkan proses majlis perkahwinan.
  • Membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak-anak mereka.
  • Memperkasakan institusi keluarga generasi baru melalui pendidikan ilmu kekeluargaan berdasarkan konsep “mawaddah wa rahmah ”.
  • Untuk meraikan pasangan muda oleh kerajaan.
  • Merupakan satu bentuk bantuan melaui slogan “Dari Kerajaan Kepada Rakyat” yang diberikan kepada pasangan muda yang ingin mendirikan rumahtangga.

Faedah Kepada Peserta

  • 1 set persalinan pakaian akad nikah (lelaki & Perempuan)
  • Cenderahati berupa Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional bernilai RM 1,000.00
  • Pakej Bulan Madu 3 hari 2 malam.
  • Khidmat jurunikah dan dokumen nikah disediakan.
  • Pakej Set Perkahwinan (Pelamin, andaman, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
    Jemputan jamuan khas pengatin (keluarga terdekat) seramai 50 orang.
  • Cenderahati untuk tetamu yang hadir.

Kriteria Pemilihan

  • Pasangan atau seorang daripadanya adalah rakyat Negeri Terengganu.
  • Pemohon dan pasangan berumur 18 tahun keatas.
  • Perkahwinan pertama bagi pasangan.
  • Tiada rekod jenayah, tiada masalah kesihatan seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan.
  • Pendapatan pemohon dan pasangan adalah RM 3,000.00 kebawah.
  • Mendapat restu kedua-dua ibubapa.

Sumber: Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!