Sunday, December 4, 2022
HomeSkim PerumahanPermohonan Rumah Mampu Milik Type A, Laman Sendayan, Seremban

Permohonan Rumah Mampu Milik Type A, Laman Sendayan, Seremban

Kerajaan Negeri Sembilan membuka permohonan kepada mereka yang berkelayakan bagi membuat permohonan Rumah Mampu Milik Type A Rumah Bandar Kediaman Suria (ELMA), Laman Sendayan,  Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Harga rumah bermula dari RM75,000.00 bagi lot tengah dengan keluasan 915 kps, 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi.

Maklumat permohonan  dan syarat-syarat bagi rumah mampu milik di Batu 9 Labu, Seremban ini  adalah sebagaimana berikut.

Tarikh Permohonan

Mulai 28 Jun 2022 (Selasa) hingga 11 Julai 2022 (Isnin)

Lokasi

Rumah Bandar Kediaman Suria, (ELMA), Laman Sendayan,  Daerah Seremban.

Syarat-Syarat Permohonan:

  1. Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3,500.00 sebulan.
  2. Pemohon adalah wajib mempunyai pendapatan tetap dan bekerja
  3. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam Daerah Seremban serta telah berkahwin.
  4. Keutamaan kepada pemohon yang belum memiliki rumah atau tanah.
  5. Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, tidak disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berkaitan seperti di Bahagian J serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.

Maklumat Rumah

Pelan lokasi, keluasan tanah, spesifikasi rumah, pelan tapak dan alamat pejabat jualan pemaju adalah sebagaimana berikut

Laman Sendayan P3 Flyer Front
Laman Sendayan P3 Flyer Spec
Laman Sendayan P3 Flyer Back

Harga dan Pemilihan Jenis Lot

Pemohon Adalah Dibenarkan Membuat 1 Pilihan Lot Sahaja. Pemohon Juga Dinasihatkan Untuk Membuat Pilihan Berdasarkan Kemampuan Kewangan Seisi Rumah.

  • TENGAH – RM75,000
  • TEPI – RM85,000
  • TEPI – RM92,000
  • TEPI – RM93,000
  • TEPI – RM100,000
  • PENJURU (1173 kaki persegi) – RM133,055
  • PENJURU (1173 kaki persegi) – RM141,055

Cara Memohon

Bagi mereka yang ingin memohon Rumah Mampu Milik Type A, Laman Sendayan ini, sila isi maklumat lengkap di pautan berikut;

https://forms.gle/zKn3oVUyn4W4J2Cp8

PERHATIAN! SILA BACA DAN FAHAMI KENYATAAN DIBAWAH SEBELUM MENGISI BORANG PERMOHONAN.

  1. Sila baca dengan teliti dan pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan sama seperti di dalam dokumen yang dimuat turun (upload).
  2. Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan jelas. Borang permohonan yang tidak jelas dan lengkap akan di tolak.
  3. Sertakan salinan dokumen yang di berkaitan dan dikehendaki kepada alamat emel [email protected] . Pastikan salinan dokumen jelas dan boleh dibaca. Permohonan akan ditolak sekiranya dokumen kabur, tidak jelas dan tidak boleh dibaca.
  4. Sila klik butang ini (no. 4) sekiranya faham dan jelas dengan kenyataan di atas.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dimuat naik (upload) ketika membuat permohonan)

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (WAJIB)
  2. Salinan Kad Pengenalan Pasangan (WAJIB – KECUALI Bujang)
  3. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon (WAJIB)
  4. Salinan Sijil Kelahiran Pasangan (WAJIB – KECUALI Bujang)
  5. Salinan Slip Gaji Pemohon Terkini (3 Bulan Terkini) (WAJIB)
  6. Salinan Slip Gaji Pasangan Terkini (3 Bulan Terkini) (WAJIB – KECUALI Bujang)
  7. Salinan Sijil Nikah / Sijil Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian Pasangan / Salinan Surat Perintah Mahkamah (Proses Cerai)/Surat Akuan Sumpah (Perkahwinan tidak berdaftar dengan JPN) – (WAJIB – Kecuali Bujang)
  8. Borang Pengesahan Pendapatan Bagi Pemohon Atau Pasangan Yang Bekerja Sendiri / Pendapatan Tidak Tetap / Tidak Mempunyai Slip Gaji / Tidak Bekerja / Suri Rumah (WAJIB – KECUALI pemohon atau pasangan yang mempunyai Slip Gaji)
  9. Salinan Kad Pesara dan Penyata Bayaran Tahunan Pesara Terkini – (WAJIB BAGI PESARA)
  10. 10) SILA MUAT NAIK (UPLOAD) DOKUMEN DI ATAS KE ALAMAT EMEL [email protected]  

Contoh menghantar dokumen sokongan yang diperlukan

Setiap pemohon yang ingin email permohonan hendaklah menulis nama pemohon pada bahagian subjek sebagaimana contoh di bawah.

Cara Email dokumen sokongan laman sendayan

Sumber: Perumahan Negeri Sembilan

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!