Program Bantuan Yuran Pengajian (IPTA/IPTS) Bagi Pelajar Komuniti India Golongan B40.
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin Negeri Selangor membuka permohonan Program Bantuan Yuran Pengajian (IPTA/IPTS) bagi pelajar komuniti India golongan B40.
Jumlah bantuan yang diberikan adalah sehingga RM5,000 secara one-off.
Calon-calon yang berkelayakan digalakkan memohon bantuan ini sebelum tarikh tutup permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan
24 Februari 2023 (Jumaat).
Jumlah dan Kategori Permohonan
Jumlah sumbangan adalah mengikut tahap pengajian sebagaimana berikut;
- Ijazah Sarjana Muda – Maksimum sehingga RM5,000
- Diploma – Maksimun sehingga RM3,000
Jumlah pemberian sumbangan adalah tertakluk kepada persetujuan YB EXCO dan keputusan Jawatankuasa Pertimbangan Kerajaan Negeri Selangor.
Syarat-syarat Kelayakan
Syarat kelayakan permohonan bagi Program Bantuan Yuran Pengajian (IPTA/IPTS) pelajar komuniti India adalah seperti di bawah;
- Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia berketurunan India sahaja.
- Pemohonon mestilah daripada rakyat Selangor, lahir di Selangor atau telah bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun di Negeri selangor Darul Ehsan.
- Pemohon mestilah dalam tempoh pengajian di IPTA/IPTS dari Seluruh Malaysia yang diiktiraf kerajaan.
- Pendapatan isi rumah adalah tidak lebih daripada RM2,000.00 sebulan dan ke bawah.
Kaedah Pembayaran
Pemberian adalah secara sekali bayar (one-off) secara cek atau electronic funds transfer (EFT) di atas nama Bendahari Institut Pengajian (IPT/IPTS) pemohon yang lulus.
Cara Memohon
Pemohon hendaklah mengisi borang dengan lengkap yang boleh diperolehi di;
Pejabat YB Tuan Ganabatirau A/L Veraman EXCO Kebajikan Masyarakat, Pekerja dan Kerajaan Prihatin Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam, Selangor. |
Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang info lanjut dan pertanyaan mengenai Program Bantuan Yuran Pengajian (IPTA/IPTS) pelajar komuniti India, sila hubungi maklumat berikut;
Telefon: 03-55447307/0355447305/ 017-3484172
Email; [email protected]
Sumber: Yayasan Warisan Anak Selangor – YAWAS

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.