Zakat Mahasiswa Luar Negara Mesir, Jordan dan Indonesia 2023

AGIHAN ZAKAT MAHASISWA LUAR NEGARA YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN KE MESIR , JORDAN DAN INDONESIA BAGI TAHUN 2023

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) membuka permohonan skim agihan melanjutkan pelajaran kepada pelajar yang berkelayakan bagi pembelajaran ke Mesir, Jordan dan Indonesia tahun 2023.

Permohonan dibuka mulai 08 Februari 2023 (Rabu) sehingga 4 Mac 2023 (Sabtu)

Rakyat negeri Kedah yang ingin melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Indonesia, jangan lepaskan peluang memohon bantuan zakat ini.

Dasar Agihan Zakat Skim Agihan Siswa Melanjutkan Pelajaran ke Mesir, Jordan dan Indonesia

  1. Lembaga Zakat Negeri Kedah telah menyediakan agihan kepada pelajar yang berkelayakan melanjutkan pelajaran ke Mesir, Jordan dan Indonesia.
  2. Agihan ini hanya diberikan sekali bagi setiap tahun pengajian berdasarkan keputusan peperiksaan sesi pengajian tahun 2021/2022.
  3. Skim ini juga menggunakan peruntukan daripada asnaf fisabilillah yang diuruskan oleh Divisyen Pendidikan Zakat Kedah mengikut hukum syarak. 
AGIHAN ZAKAT MAHASISWA LUAR NEGARA YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN KE MESIR , JORDAN DAN INDONESIA BAGI TAHUN 2023

Kadar Agihan Zakat Ke Mesir

BILKEPUTUSAN PENGAJIANJUMLAH BANTUAN
1.MumtazRM 10,000.00
2.Jayyid JiddanRM 8,000.00
3.JayyidRM 6,000.00
4.MaqbulRM 3,000.00

Syarat Kelayakan Permohonan Agihan Zakat Mesir (Kod 2709)

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan / dermasiswa / biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan / institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah
  4. Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon.
  5. Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian dan berada di Pusat Bahasa.
  6. Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut:
    1. Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)
    2. Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjaga
    3. Surat akuan belajar Sesi 2022/2023 (Tasdiq) yang diterjemah oleh Pegawai Atase Pendidikan
    4. Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2021/2022) yang diterjemahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan.
    5. Salinan akaun bank pemohon.
    6. Surat akuan menetap dan tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Pegawai Atase Pendidikan (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar)

Kadar Agihan Zakat Ke Jordan

BILKEPUTUSAN PENGAJIANJUMLAH BANTUAN
1.MumtazRM 15,000.00
2.Jayyid JiddanRM 12,000.00
3.JayyidRM 9,000.00
4.MaqbulRM 6,000.00

Syarat Kelayakan Permohonan Agihan Zakat Jordan (Kod 2710)

  1. Pemohon mestilah beragama Islam
  2. Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan / dermasiswa / biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan / institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah.
  4. Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon
  5. Pemohon melanjutkan pengajian di peringkat IJAZAH PERTAMA SAHAJA
  6. Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian
  7. Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut :
    1. Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)
    2. Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjaga
    3. Surat akuan belajar Sesi 2022/2023 (Tasdiq) yang diterjemah daripada Majlis Persatuan Pelajar
    4. Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2021/2022) daripada pihak Universiti atau yang diterjemah oleh Majlis Persatuan Pelajar
    5. Salinan akaun bank pemohon
    6. Surat akuan menetap dan tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Majlis Persatuan Pelajar (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar)

Kadar Agihan Zakat Ke Indonesia

BILKEPUTUSAN PENGAJIANJUMLAH BANTUAN
1.A (3.50 – 4.00)RM 6,000.00
2.B (3.00 – 3.49)RM 5,000.00
3.C (2.00 – 2.99)RM 4,000.00

Syarat Kelayakan Permohonan Agihan Zakat Indonesia (Kod 2712)

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon sedang bermastautin / menetap di negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Pemohon tidak mendapat sebarang bentuk tajaan kewangan / dermasiswa / biasiswa daripada mana-mana agensi kerajaan / institusi kewangan dalam dan luar negeri Kedah.
  4. Bagi pemohon yang mendapat pinjaman adalah LAYAK untuk memohon
  5. Pemohon melanjutkan pengajian di peringkat IJAZAH PERTAMA SAHAJA
  6. Bantuan tidak akan dipertimbangkan kepada pemohon yang mengulang pengajian.
  7. Butiran peribadi yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen seperti berikut :
    1. Salinan kad pengenalan pemohon (pelajar)
    2. Salinan kad pengenalan ibu, bapa ATAU penjaga
    3. Surat akuan belajar Sesi 2022/2023 daripada pihak Universiti atau daripada Majlis Persatuan Pelajar
    4. Keputusan peperiksaan yang terkini (Sesi 2021/2022) daripada pihak Universiti atau daripada Majlis Persatuan Pelajar
    5. Salinan akaun bank pemohon
    6. Surat akuan pelajar tidak menerima bantuan yang disahkan oleh Majlis Persatuan Pelajar (sila dapatkan format surat daripada Majlis Persatuan Pelajar)

Cara Memohon

Pemohonan boleh dilakukan secara atas talian (online) di laman web www.zakatkedah.com.my atau terus ke pautan berikut :

MUAT TURUN BORANG PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI SINI:

https://bit.ly/BorangPengesahanMastautin

Tarikh Tutup Permohonan 

Permohonan bagi agihan zakat ini ditutup pada 4 Mac 2023 (Sabtu).

Info dan Pertanyaan Lanjut

Sebarang persoalan berkaitan dengan permohonan agihan zakat bagi bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Indonesia ini  ini  bolehlah berhubung dengan;

  • Atase Pendidikan Kedah ( bagi penuntut di Timur Tengah ) / Persatuan Pelajar Anak Kedah Mesir / Jordan / Indonesia
Bahagian PendidikanAras 5,
Menara Zakat,
Jalan Telok Wan Jah,
05200 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

No Tel : 04-7331740
Whatsapp : 013-4592071

Sumber: Facebook LZNK & Laman Portal LZNK

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top