Bagi melindungi keselamatan sosial suri rumah, PERKESO telah melancarkan satu skim khas bagi golongan suri rumah iaitu Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2022 yang lalu.
Inisiatif ini adalah selaras dengan misi PERKESO untuk menyediakan jaringan keselamatan sosial yang komprehensif kepada semua lapisan masyarakat.
Walaupun pelaksanaan skim ini baru sahaja bermula, namun PERKESO telah mengambil langkah progresif untuk menangani ketidaksamaan jantina (gender inequality) menerusi penyediaan perlindungan sosial.
Apakah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)?
Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2022, diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022.
Skim ini bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.

Siapakah Suri Rumah?
Suri rumah ditakrifkan sebagai seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh atau separuh masa.
Termasuk seorang isteri, janda atau balu yang perkahwinannya berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau seorang ibu yang mempunyai seorang anak atau lebih, dan juga ibu tunggal.

Syarat Kelayakan SKSSR
- Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
- Suri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun/belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali hendak mencarum SKSSR
- Suri rumah yang melakukan aktiviti berkaitan pengurusan rumah tangga
- Membayar caruman untuk tempoh 12 bulan, yang dibayar terlebih dahulu

Perlindungan SKSSR
- SKSSR memberi perlindungan bencana domestik kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga.
- SKSSR juga melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran.

Faedah Perlindungan SKSSR
Terdapat 2 jenis faedah perlindungan di bawah SKSSR iaitu;
- Faedah Perlindungan Bencana Domestik
- Faedah Perlindungan Keilatan
Senarai Faedah Perlindungan Bencana Domestik adalah sebagaimana berikut;
- Faedah Perubatan
- Faedah Hilang Upaya Kekal
- Elaun Layanan Sentiasa
- Faedah Pengurusan Mayat
- Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis
- Pencen Penakat

Manakala senarai Faedah Perlindungan Keilatan adalah seperti berikut;
- Elaun Keuzuran
- Elaun Layanan Sentiasa
- Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis
- Faedah Pengurusan Mayat
- Pencen Penakat

Cara Pendaftaran
Pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) boleh dibuat di laman web PERKESO melalui pautan berikut;
Pendaftaran secara fizikal juga boleh dibuat di mana-mana Pejabat PERKESO di seluruh negara dengan mengisi borang BORANG SR 1.
Kadar Caruman & Kaedah Pembayaran
Caruman adalah sebanyak RM120 setahun bagi seorang suri rumah secara “in advance” atau “pre-paid” bagi tempoh 12 bulan berturut-turut untuk memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan menerima faedah.
* Prinsip ‘once in, always in’ akan terpakai bagi suami yang memilih untuk membuat caruman bagi isterinya.
Pembayaran caruman SKSSR boleh dibuat melalui saluran berikut:
- Portal https://suri.perkeso.gov.my/ (bayaran secara FPX)
- Bayaran di kaunter PERKESO dengan melengkapkan Borang Pendaftaran SR 1.
Caruman boleh dibayar oleh:
- Suami suri rumah jika suaminya memilih untuk membayar caruman; atau
- Dibayar oleh suri rumah sendiri jika suami tidak memilih membayar caruman, atau jika suri rumah itu tidak mempunyai suami; atau
- Mana-mana orang lain juga boleh membayar caruman berkenaan. Cth: abang, bapa atau agensi bukan kerajaan (NGO).
Info Lanjut dan Pertanyaan
Maklumat lanjut berkaitan SKSSR boleh diperolehi melalui;
- Laman Web PERKESO – https://www.perkeso.gov.my/
- Facebook PERKESO – https://www.facebook.com/PERKESO.Official
Sumber: PERKESO
Soalan Lazim (FAQ)
SKSSR yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2022, diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Skim ini bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.
Suri rumah ditakrifkan sebagai seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh atau separuh masa.
– Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
– Suri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun/belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali hendak mencarum SKSSR
– Suri rumah yang melakukan aktiviti berkaitan pengurusan rumah tangga
– Membayar caruman untuk tempoh 12 bulan, yang dibayar terlebih dahulu
1) Faedah Perlindungan Bencana Domestik
2) Faedah Perlindungan Keilatan
1) https://suri.perkeso.gov.my/
2) Mana-mana Pejabat PERKESO di seluruh negara
RM120 setahun bagi seorang suri rumah secara “in advance” atau “pre-paid” bagi tempoh 12 bulan berturut-turut untuk memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan menerima faedah.