Semakan Roadtax & Lesen Digital Menerusi Web & App MyJPJ

Bermula 10 Februari, pemilik kenderaan persendirian warganegara boleh menggunakan mod paparan digital bagi lesen kenderaan motor & lesen memandu yang boleh disemak melalui laman web dan aplikasi MyJPJ.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam siaran medianya di Facebook Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT).

Menurut beliau, mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house).

Ini bermaksud pemilik kenderaan persendirian tak perlu lagi tampal roadtax dan boleh terus  boleh menggunakan mod paparan digital;

  1. LKM Digital (e-LKM) – Lesen Memandu
  2. LMM Digital (E- LMM) – Lesen Kenderaan

Semakan Lesen dan Cukai Jalan (RoadTax Digital)

Orang ramai boleh membuat  semakan lesen memandu dan lesen kenderaan (road tax) digital melalui laman portal jpj atau aplikasi MyJPJ melalui kaedah berikut;

  1. https://public.jpj.gov.my/ 
  2. Aplikasi mobile MyJPJ yang boleh dimuat turun dari App Store, Play Store ataupun Huawei App Gallery.
    • Download melalui >>App Store<< – Pengguna iPhone
    • Download melalui >>Play Store<< – Pengguna Android
    • Download melalui >>Huawei<< – Pengguna Huawei

Dengan adanya aplikasi MyJPJ di hujung jari, pengguna dapat menyemak butiran semasa dan membuat paparan LKM Digital dan LMM Digital apabila keadaan memerlukan.

Berikut merupakan contoh paparan Lesen memandu dan lesen kenderaan digital melalui MyJPJ;

Paparan eLMM melalui MyJPJ
Paparan eLKM melalui MyJPJ

Cara Mengakses Paparan Digital eLKM dan eLMM

Untuk melihat paparan lesen digital ini, pengguna boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Pengguna perlu log masuk ke aplikasi MyJPJ.

Langkah 2: Pada Halaman Utama, pengguna boleh klik pada ikon Profil di bahagian bawah skrin.

Langkah 3: Paparan Lesen Memandu digital akan dipaparkan. Jika ingin melihat paparan Lesen Kenderaan Motor, pengguna perlu klik di tab “Lesen Kenderaan Motor”.

Paparan Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor di MyJPJ

Kemaskini Gambar di Paparan Lesen

Pada ketika ini kemas kini hanya boleh dibuat secara fizikal di kaunter. Berikut adalah kaedah bagi mengemaskini gambar terkini;

  1. Hadir ke kaunter JPJ berhampiran; atau
  2. Hadir ke kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobile.

Pengemaskinian gambar terkini secara dalam talian sedang dibangunkan dan akan dimaklumkan setelah bersedia kelak.

Kegunaan Kod QR pada paparan Lesen Digital

Penguatkuasa JPJ dan PDRM akan menggunakan kodQR untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang jalan raya khususnya di kawasan yang tiada liputan internet.

Kod ini hanya boleh dibaca oleh perkakasan yang dibekalkan kepada penguatkuasa JPJ/PDRM sahaja.

Fasa 1 Pelaksanaan LKM Digital (E-LKM) dan LMM Digital (E-LKM)

Pelaksanaan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras JPJ, iaitu cukai jalan dan lesen memandu oleh Kementerian Pengangkutan hanya melibatkan fasa 1 hanya membabitkan kenderaan persendirian individu, termasuk motosikal (warganegara).

Hal ini dengan mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam terhadap pelaksanaannya sebelum kiasan pelaksanaannya ke fasa seterusnya.

Untuk pemandu dan pemilik kenderaan yang belum bersedia, anda masih boleh memperoleh dan mengekalkan amalan memapar pelekat / kertas LKM dan menggunakan kad fizikal LMM dalam tempoh interim.

Walau bagaimanapun, dalam tempoh pelaksanaan fasa pertama ini, kategori pemiik atau pemegang lesen kenderaan yang masi wajib mempamerkan LKM dan mengemukakan kad LMM adalah seperti berikut:

Kategori yang wajib mempamerkan LKM dan mengemukakan kad LMM

Mengenai Aplikasi MyJPJ

Aplikasi MyJPJ merupakan aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kegunaan orang awam membuat transaksi seperti berikut:

  1. Semakan berkaitan Pelesenan Kenderaan seperti nombor terkini dan tarikh tamat Lesen Kenderaan Motor(LKM).
  2. Semakan berkaitan Pelesenan Pemandu seperti tarikh tamat lesen memandu dan keputusan ujian memandu.
  3. Semakan berkaitan Saman JPJ seperti mata demerit, saman dan senarai hitam.
  4. Pautan ke aplikasi bidaan nombor kenderaan(JPJeBid) dan aplikasi nombor giliran (JPJeQ).
  5. Laporan aduan kesalahan trafik(eAduan@JPJ).
  6. Laporan LMM dan LKM secara digital di profil pengguna
  7. Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) – fungsi baharu pada masa depan yang akan dimaklumkan kelak

Pra-syarat mendaftar ID pengguna (JPJeID) aplikasi MyJPJ

Pra-syarat bagi mendaftar ID pengguna adalah seperti berikut;

  • Nama Penuh;
  • Nombor Kad Pengenalan;
  • Alamat emel yang sah; dan
  • Nombor Telefon Bimbit yang sah.

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah penguatkuasaan digital Lesen Memandu Malaysia (LLM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM)?

Mulai 10 Februari 2023

Bagaimana cara semakan lesen dan roadtax secara digital?

1. https://public.jpj.gov.my/ 
2. Aplikasi mobile MyJPJ

Bagaimana cara mengakses paparan digital eLKM dan eLMM?

Langkah 1: Pengguna perlu log masuk ke aplikasi MyJPJ.
Langkah 2: Pada Halaman Utama, pengguna boleh klik pada ikon Profil di bahagian bawah skrin.
Langkah 3: Paparan Lesen Memandu digital akan dipaparkan. Jika ingin melihat paparan Lesen Kenderaan Motor, pengguna perlu klik di tab “Lesen Kenderaan Motor”

Apakah kegunaan Kod QR pada paparan Lesen Digital

Penguatkuasa JPJ dan PDRM akan menggunakan kodQR untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang jalan raya khususnya di kawasan yang tiada liputan internet.

Kod ini hanya boleh dibaca oleh perkakasan yang dibekalkan kepada penguatkuasa JPJ/PDRM sahaja.