Berita baik buat pencari kerja di luar sana, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia (“KSM”) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (“PERKESO”) akan menganjurkan Karnival Kerjaya MYFutureJobs pada 11 hingga 12 Februari 2023, dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (“KLCC”).
Untuk makluman Tuan/Puan, karnival ini akan menghimpunkan lebih daripada 140 majikan yang menawarkan hampir 13,000 kekosongan jawatan! Pelbagai jawatan kosong daripada pelbagai sektor untuk golongan lepasan sekolah, graduan, para professional dan tidak dilupakan golongan rentan seperti Orang Kurang Upaya dan lain-lain.
Selain itu, bagi memeriahkan karnival kerjaya ini, pelbagai hadiah cabutan bertuah juga disediakan kepada pencari kerja yang hadir.
PERKESO turut mengadakan Majlis Perasmian Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan disaksikan oleh YAB. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan YB Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia.
Tarikh dan Lokasi
Butiran Karnival Kerjaya MYFutureJobs adalah seperti yang berikut:
- Tarikh : 11 hingga 12 Feb 2022 (Sabtu Dan Ahad)
- Masa : 9:00 pagi – 5:00 petang
- Tempat : Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (“KLCC”)
Pendaftaran
Untuk memudahkan pencari kerja menghadiri temu duga terbuka, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut;
https://myfuturejobs.gov.my/careerfair/
Senarai Majikan
Lebih 140 majikan akan hadir bersama untuk menawarkan hampir 13,000 kekosongan jawatan!
Antara senarai majikan yang terlibat dalam 2 hari karnival ini ialah;
- Gigi Coffee
- Marriott International
- Prasarana
- KTM Berhad
- UOA Group
- CIMB
- Hilton
- KFC
- Berjaya
- Maybank
- Mydin
- DRB Hicom
- Airasia
- Ambank Group
- Exxon Mobile
- Dan lain-lain


Senarai Jawatan yang di Tawarkan
Melalui Karnival Kerjaya MYFutureJobs ini, terdapat hampir 13,000 kekosongan jawatan daripada pelbagai sektor untuk golongan lepasan sekolah, graduan, para professional dan komuniti Orang Kurang Upaya.
Antara jawatan yang ditawarkan adalah;
- Chef
- Kerani
- Pegawai Eksekutif
- Pegawai Operasi Korporat Bank
- Barista
- Pengurus Hotel
- Pengurus Stor
- Jururawat
- Jurutera IT
- Pereka Grafik
- Penganalisis Data
- Pegawai Keselamatan
- Kru Dapur
- Pereka Dalaman
- Penjaga parkir
- Dan banyak lagi.
Senarai penuh jawatan yang ditawarkan pada Karnival Kerjaya kali ini boleh lihat poster melalui pautan berikut;
- Pautan Poster Jawatan Kosong : http://bit.ly/3IgRucx
Atau rujuk di Facebook MyFutureJob
Tawaran Internship Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023
Selain itu, Karnival kerjaya yang berlangsung di KLCC ini juga menawarkan Internship kepada mereka yang berminat.
Berikut merupakan majikan yang mengambil pelajar internship pada Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023, pada 11&12 Februari 2023, jam 9.00 pagi – 5.00 petang.


Rebut peluang anda dan bertemu dengan para majikan idaman anda.
Pertanyaan dan Info Lanjut
Pertanyaan mengenai karnival ini sila hubungi;
- Yogas – 019 608 3425
- Aishah – 019 609 6544
- Zukfiqar – 019 295 5076
- Neil – 019 249 2606
Info lanjut boleh layari Facebook MyFutureJob