Thursday, September 21, 2023
HomeInfo6 Soalan Lazim Apps MyJPJ Untuk Road Tax dan Lesen Digital

6 Soalan Lazim Apps MyJPJ Untuk Road Tax dan Lesen Digital

Susulan pengumuman Kerajaan mengenai mengenai langkah digitalisasi untuk Lesen Memandu Malaysia (LLM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM), ramai yang bertanya soalan mengenai masalah yang timbul dalam Apps MyJPJ.

Untuk makluman, mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Apps Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam Facebooknya berkongsi 6 soalan lazim mengenai pelaksanaan digitalisasi Lesen Memandu Malaysia (LLM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang dilaksanakan menerusi Apps MyJPJ.

8 Soalan Lazim Apps MyJPJ

Berikut merupakan pencerahan YB Anthony Loke kepada soalan-soalan yang sering ditanya mengenai roadtax dan lesen memandu digital;

1) Adakah wajib untuk download apps “MyJPJ”?

Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.

2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax,  adakah saya akan disaman?

Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.

3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?

Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal.

4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?

Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.

5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?

Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan…pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka.

6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?

Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi. 

Saya tahu ada banyak lagi persoalan oleh orang ramai. Kita akan cuba memberi penerangan yang sejelas-jelasnya.

Saya sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut.

Saya menghormati semua pandangan dan cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin

Saya bersama pasukan saya di MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini.

Sama-sama kita menuju ke arah yang lebih baik.

Terima kasih!

Sumber: Facebook Anthony Loke Siew Fook 

Semakan Lesen dan Cukai Jalan (RoadTax Digital)

Orang ramai boleh membuat  semakan lesen memandu dan lesen kenderaan (road tax) digital melalui laman portal jpj atau aplikasi MyJPJ melalui kaedah berikut;

  1. https://public.jpj.gov.my/ 
  2. Aplikasi mobile MyJPJ yang boleh dimuat turun dari App Store, Play Store ataupun Huawei App Gallery.
    • Download melalui >>App Store<< – Pengguna iPhone
    • Download melalui >>Play Store<< – Pengguna Android
    • Download melalui >>Huawei<< – Pengguna Huawei

Dengan adanya aplikasi MyJPJ di hujung jari, pengguna dapat menyemak butiran semasa dan membuat paparan LKM Digital dan LMM Digital apabila keadaan memerlukan.

Berikut merupakan contoh paparan Lesen memandu dan lesen kenderaan digital melalui MyJPJ;

Paparan eLKM melalui MyJPJ
Paparan eLMM melalui MyJPJ

Mengenai Apps MyJPJ

Aplikasi MyJPJ merupakan aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kegunaan orang awam membuat transaksi seperti berikut:

  1. Semakan berkaitan Pelesenan Kenderaan seperti nombor terkini dan tarikh tamat Lesen Kenderaan Motor(LKM).
  2. Semakan berkaitan Pelesenan Pemandu seperti tarikh tamat lesen memandu dan keputusan ujian memandu.
  3. Semakan berkaitan Saman JPJ seperti mata demerit, saman dan senarai hitam.
  4. Pautan ke aplikasi bidaan nombor kenderaan(JPJeBid) dan aplikasi nombor giliran (JPJeQ).
  5. Laporan aduan kesalahan trafik(eAduan@JPJ).
  6. Laporan LMM dan LKM secara digital di profil pengguna
  7. Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) – fungsi baharu pada masa depan yang akan dimaklumkan kelak

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!