Monday, February 19, 2024
HomeBantuan PKSProgram Pembangunan Ekonomi Setempat (PPES 2023)

Program Pembangunan Ekonomi Setempat (PPES 2023)

Program Pembangunan Ekonomi Setempat (PPES 2023) Bantuan Mesin, Peralatan dan Infrastruktur Perbadanan Usahawan Johor.

Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) membuka permohonan kepada usahawan-usahawan yang berkelayakan bagi memohon Bantuan Mesin, Peralatan dan Infrastruktur di bawah Program Pembangunan Ekonomi Setempat (PPES 2023).

Dalam Belanjawan 2023, Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan RM1 juta bagi Program Ekonomi Setempat bagi memanfaatkan 40 persatuan dan pertubuhan melalui projek keusahawanan komuniti yang berdaya maju.

Apa Itu Program Pembangunan Ekonomi Setempat (PPES 2023)

Program Pembangunan Ekonomi Setempat (PPES 2023) merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan PPES 1.0 dan PPES 2.0.

Program ini dirangka dirangka bagi mengenal pasti projek-projek keusahawanan yang berpotensi dan berdaya maju berasaskan komuniti di Negeri Johor.

Ia merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor dan dilaksanakan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB).

Nilai Bantuan

Nilai bantuan adalah SEHINGGA RM 20,000.00 dalam bentuk : – 

  • Menaiktaraf infrastruktur (sediada sahaja) 
  • Mesin / peralatan

Nilai geran bantuan ini telah dinaikkan berbanding sebelum ini iaitu RM 15,000.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 12 Februari 2023 (Ahad), jam 9.30 malam sehingga 1 Mac  2023 (Rabu) jam 5.00 petang.

Siapa Yang Layak Memohon

Permohonan hanya terbuka kepada Persatuan atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan telah berdaftar (salah satu) dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY) atau Pejabat Daerah di Negeri Johor atau jabatan / agensi atau kementerian yang berkaitan serta telah aktif sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran.

Permohonan tidak terbuka kepada koperasi, individu, syarikat atau selain dinyatakan di atas.

Program Pembangunan Ekonomi Setempat (PPES 2023)

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Pemohon mestilah dalam kalangan ahli pertubuhan yang berdaftar dengan persatuan atau pertubuhan (NGO) tanpa mengira jawatan yang dipegang.
  2. Permohonan hanya terbuka kepada Persatuan atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan telah berdaftar (salah satu) dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) atau Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY) atau Pejabat Daerah di Negeri Johor atau jabatan / agensi atau kementerian yang berkaitan serta telah aktif sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran.
  3. Terbuka kepada semua projek yang patuh syariah serta melibatkan aktiviti ekonomi seperti perladangan, pertanian, perikanan dan lain-lain yang berkaitan dan melibatkan komuniti setempat.
  4. Projek yang memberikan impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi komuniti dan mempunyai nilai tambah dan nilai pengganda yang tinggi.
  5. Bagi projek yang dilaksanakan mestilah telah berjalan sekurang-kurangnya 6 bulan dan keatas.
  6. Bagi projek yang dibawah 6 bulan atau baru bermula perlu sertakan kertas cadangan bagi pelaksanaan projek tersebut sebagai pertimbangan syarat permohonan.
  7. Projek perlu diusahakan atau beroperasi di dalam Negeri Johor sahaja dan dijalankan secara berkumpulan/komuniti.
  8. Permohonan yang dibuat menerusi Persatuan atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) perlu mempunyai kewangan yang kukuh serta kapasiti, keupayaan, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan projek berkaitan.
  9. Keutamaan diberikan kepada yang belum pernah menerima mana-mana bantuan Kerajaan Negeri Johor atau Persekutuan dalam tempoh 2 tahun.(Tertakluk kepada rekod agensi yang dimaklumkan kepada PUJB)
  10. Permohonan bagi skop bantuan tidak terbuka kepada aktiviti kebajikan, kemasyarakatan, kursus, latihan, program bantuan, pembinaan infrastruktur dan apa-apa perkara yang tidak berkaitan aktiviti ekonomi.

Skop Permohonan Bantuan

Mesin atau peralatan

  • Mesin & peralatan yang dimohon tidak dibenarkan untuk penambahan stok dan kegunaan peribadi.
  • Mesin & Peralatan haruslah dapat membantu meningkatkan tahap perkhidmatan sesebuah komuniti.

Menaiktaraf infrastruktur sedia sahaja

  • Hanya bagi infrastruktur yang telah ada dan bukan membina yang baharu.

Cara Permohonan

Berikut merupakan cara-cara memohon bagi Program Pembangunan Ekonomi Setempat (PPES 2023)

  1. Daftar Akaun PADU
    • Anda perlu membuka akaun PADU dengan melayari www.padu.pujb.my  dan daftar akaun anda
  2. Log Masuk Sistem PADU
    •  Log masuk ke dalam sistem PADU menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Borang Maklumat Usahawan
    • Lengkapkan dan kemaskini borang maklumat usahawan dengan lengkap, betul dan telus
  4. Rujuk Papan Pemuka
    • Cari iklan permohonan di ruangan di papan pemuka dan klik maklumat lanjut untuk mula permohonan
  5. Borang Permohonan
    • Lengkapkan borang permohonan PPES 2023 dengan lengkap, betul dan telus
  6. Klik Butang Hantar
    • Setelah selesai mengisi borang permohonan, klik butang hantar dan permohonan anda telah direkodkan

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi maklumat berikut;

SEKRETARIAT PPES 2023 
JABATAN PEMBANGUNAN USAHAWAN 
PERBADANAN USAHAWAN JOHOR SDN BHD 
NO 24 JALAN ISKANDAR PUTERI 1/3, 
ISKANDAR PUTERI COMMERCIAL CENTRE, 
TAMAN NUSANTARA PRIMA 
81550 GELANG PATAH 
JOHOR DARUL TA‘ZIM 

TEL : 07- 510 2542 (Waktu pejabat sahaja) 
Whatsapp : +6011-20755135 (Waktu pejabat sahaja) 
E-MEL : [email protected]  
FACEBOOK : Perbadanan Usahawan Johor

Sumber: Perbadanan Usahawan Johor

Bantuan Terkini Malaysia MADANI 2024

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!