Monday, October 2, 2023
HomePermohonanSkim Mesra Insan Istimewa (SMIS) Selangor 2023 Baucar RM150

Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) Selangor 2023 Baucar RM150

Mulai 1 Januari 2023, Kerajaan Negeri Selangor menstrukturkan semula Program Skim Mesra kepada 2 kategori iaitu Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS). 

Dari segi manfaat program, kedua-dua kategori iaitu warga emas dan OKU akan mendapat manfaat yang sama iaitu baucar membeli belah dan khairat kematian. Namun dari segi kelayakan, syarat SMUE adalah untuk warga emas, manakala syarat SMIS adalah untuk warga Orang Kurang Upaya (OKU).

Sasaran SMIS adalah  golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai penerima manfaat di bawah skim ini. Pemohon yang layak akan menerima manfaat baucar beli-belah di pasaraya terpilih setiap tahun seumur hidup dan juga khairat kematian RM500 sekiranya mereka meninggal dunia.

Pada  tahun 2023, insentif khusus kepada warga emas dan  golongan kurang Upaya (OKU)  ditambah baik dan ditingkatkan. YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 25 November 2022 yang lalu, mengumumkan kenaikan jumlah nilai baucar beli-belah di pasaraya terpilih dari RM100 kepada RM150 yang akan dilaksanakan bermula Januari 2023.

Selain itu, bermula tahun 2023 juga, ahli boleh mengambil baucar di pejabat Pusat Khidmat DUN atau kaunter yang ditetapkan sepanjang tahun tanpa perlu menunggu bulan kelahiran mereka seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Apa Itu Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS)?

Program Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) merupakan program baharu di bawah Skim Mesra yang memberikan manfaat kebajikan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Menerusi skim ini, golongan OKU akan menerima manfaat baucar beli belah bernilai RM150 setiap tahun dan khairat kematian sebanyak RM500.

Skim Mesra Insan Istimewa kini dikhaskan untuk golongan OKU, manakala Skim Mesra Usia Emas mensasarkan golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Kategori Skim Mesra

Manfaat SMIS

Setiap ahli SMIS layak menerima dua (2) jenis manfaat iaitu manfaat semasa hidup dan manfaat selepas kematian.

Manfaat semasa hidup ialah pemberian baucar beli-belah bernilai RM 150* yang akan diberikan setiap tahun selagi ahli Skim Mesra masih hidup. 

* Mulai 2023 manfaat baucar beli-belah dinaikkan daripada RM100 kepada RM150

Manfaat selepas kematian pula ialah bantuan khairat kematian bernilai RM 500 yang akan diberikan kepada pewaris berdaftar dimana tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli Skim Mesra.

Banner Skim Mesra Usia Emas

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia; DAN
  • Tiada had umur; DAN
  • Pemegang Kad OKU JKM ; DAN
  • Masih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
  • Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
  • Pemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat; ATAU
  • Pemohon berusia bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran di buat

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online atau pergi sahaja ke Pusat Khidmat DUN Negeri Selangor yang berdekatan berdasarkan syarat yang disebutkan di atas. 

Bagi permohonan secara atas talian, link permohonan adalah sebagaimana berikut;

https://smue.yawas.my/admin/online_semakan_kp.php

Semakan Status

Semakan status permohonan pula boleh dibuat melalui pautan berikut;

https://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php

Baucar Beli-Belah RM150

Baucar Shopping Skim Mesra Usia Emas Selangor 2023
  •  Baucar RM 150 diberikan setiap tahun semasa ahli masih hidup
  •  Baucar boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar
  •  Baucar hanya boleh dituntut semasa ahli masih hidup sahaja.
  •  Tuntutan baucar selepas kematian adalah tidak DIBENARKAN.
  •  Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja
  •  Baucar hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat
  •  Baucar yang hilang atau tidak dibelanjakan dalam tempoh 3 bulan tidak boleh diganti.
  •  Ahli diminta untuk sentiasa kemaskini maklumat nombor telefon bagi mengelakkan terlepas sebarang info

Tuntutan Khairat Kematian SMIS

Tuntutan khairat kematian hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar. 

Borang tuntutan boleh didapatkan dari Pusat Khidmat DUN berdekatan atau muat turun borang dari e-mesra.yawas.my

Lampirkan bersama dokumen yang diperlukan seperti;

  1. Borang tuntutan khairat yang telah diisi
  2. Salinan sijil kematian
  3. Salinan Kad Pengenalan pewaris
  4. Salinan penyata bank pewaris
  5. Borang Kemaskini Maklumat Pewaris (Jika Perlu)

Sumber: Portal e-Mesra YAWAS

Soalan Lazim (FAQ)

Bagaimana cara memohon Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) secara online?

https://smue.yawas.my/admin/online_semakan_kp.php

Apakah syarat permohonan SMIS?

i. Warganegara Malaysia; DAN
ii. Tiada had umur; DAN
iii. Pemegang Kad OKU JKM; DAN
iv. Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
v. Pemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor; ATAU
vi. Pemohon berusia bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi di Selangor

Apakah Manfaat SMIS?

Setiap ahli SMIS layak menerima dua (2) jenis manfaat iaitu manfaat semasa hidup dan manfaat selepas kematian.
1) Baucar RM150 (ketika hidup)
2) Khairat Kematian RM500 (untuk waris)

Di mana saya boleh mengambil baucar beli-belah RM 150?

Baucar boleh didapatkan di Pusat Khidmat DUN Negeri Selangor yang berdekatan.

Di manakah saya boleh belanjakan baucar tersebut?

Baucar hanya boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan dan tertera pada kertas baucar yang diberikan sahaja.

Anak saya pemegang kad OKU yang berumur 10 tahun, tetapi saya dan isteri bukan pengundi Selangor, namun sedang bermastautin di Selangor, adakah saya layak untuk mohon Skim mesra Insan Istimewa?

TIDAK LAYAK. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun, ibu atau bapa mestilah pengundi berdaftar di Selangor.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!