Monday, October 2, 2023
HomeBantuan IPTPemohonan Bantuan Awal Kemasukan IPT (BAKIPT) Kedah 2023

Pemohonan Bantuan Awal Kemasukan IPT (BAKIPT) Kedah 2023

PERMOHONAN BANTUAN AWAL KEMASUKAN KE IPT (BAKIPT) NEGERI KEDAH TAHUN 2023 KINI DIBUKA!

Sukacitanya bahagian Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah telah membuka permohonan bagi Bantuan Awal Kemasukan IPT (BAKIPT) bagi sesi pengajian 2023.

Rakyat negeri Kedah yang berkelayakan boleh memohon bantuan awal kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah ini.

Maklumat lanjut mengenai bantuan BAKIPT ini adalah sebagaimana di bawah.

Syarat-syarat Permohonan

Syarat-syarat bagi mereka yang ingin memohon bantuan awal kemasukan IPT yang disediakan oleh Kerajaan negeri Kedah ini adalah sebagaimana berikut;

  1. Pemohon LAHIR di Negeri Kedah dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT)
  2. Pendapatan kasar bulanan isi rumah dan bilangan anak adalah seperti berikut :
    1. RM3,000.00 DAN KE BAWAH – tiada syarat bilangan anak.
    2. RM3,001-RM6,000 – Lebih daripada 3 orang anak (selain pemohon) berumur 21 tahun dan ke bawah sahaja.
  3. Permohonan dibuka bagi peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2023 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  4. Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency)
  5. Pemohon hendaklah membuat BAYARAN PENDAFTARAN AWAL PENGAJIAN atau mengemukakan SURAT PENGESAHAN PENERIMAAN TAWARAN MASUK IPT.
  6. Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.
  7. Pelajar SIJIL / ASASI / MATRIKULASI / FOUNDATION / SARJANA / PhD / Pasca-Siswazah / Separuh Masa / Luar Kampus / Program Persediaan Perguruan / Institusi Perguruan / Latihan Separa Perubatan di Kolej Perubatan / Kejururawatan Kementerian Kesihatan Malaysia TIDAK LAYAK memohon.

Jumlah Bantuan

Mereka yang diluluskan permohonan akan menerima sumbangan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

Tarikh Permohonan

Semester Pertama Kemasukan Baharu Januari 2023 – Jun 2023:

15 Februari 2023 – 30 Jun 2023

Semester Pertama Kemasukan Baharu Julai 2023 – November 2023:

1 Julai 2023 – 31 Oktober 2023

PERMOHONAN BANTUAN AWAL KEMASUKAN KE IPT (BAKIPT) TAHUN 2023

Cara-cara Memohon Bantuan Kemasukan IPT Negeri Kedah

Setiap pemohonan hendaklah dibuat Secara dalam talian melalui pautan; https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt

Dokumen Yang Perlu Disediakan

Dokumen sokongan yang wajib disertakan di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh PENGHULU MUKIM / PENGETUA SEKOLAH / PEGAWAI DAERAH / ADUN adalah seperti berikut:

             i) Salinan kad pengenalan permohon

             ii) salinan kad pengenalan ibu / bapa / penjaga (salah seorang sahaja)

             iii) Salinan akaun bank / penyata bank

             iv) Salinan surat tawaran kemasukan / surat pengesahan daripada institusi pengajian tinggi

Kaedah Pembayaran

Bayaran bantuan BAKIPT akan dibuat oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan kepada pelajar.

Kaedah bayaran akan ditentukan oleh Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan berdasarkan situasi semasa.

Sila hubungi Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan bagi sebarang pertanyaan lanjut berkaitan status permohonan.
>>Klik sini untuk Senarai Pusat Khidmat DUN/Penyelaras DUN Kawasan Negeri Kedah<<

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang info dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi maklumat berikut;

Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah

Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman

05503 Alor Setar Kedah

Sumber: Laman Web SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

Soalan Lazim (FAQ) 

Berikut merupakan soalan lazim mengenai Bantuan Awal Kemasukan IPT (BAKIPT) Negeri Kedah.

Bilakah tempoh memohon bantuan bagi tahun 2023?

Semester Pertama Kemasukan Baharu Januari 2023 – Jun 2023:
15 Februari 2023 – 30 Jun 2023

Semester Pertama Kemasukan Baharu Julai 2023 – November 2023:
1 Julai 2023 – 31 Oktober 2023

Berapakah Jumlah Bantuan Yang Diberikan?

RM300

Bagaimanakah Cara Memohon?

Secara online melalui portal https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt 

Anak saya lahir di Perak / Pulau Pinang / Perlis, tapi kami menetap serta bermastautin di Kedah. Adakah anak saya layak memohon bantuan?

Layak, sekiranya menetap dan bermastautin di Kedah serta mengundi seperti berdaftar dalam SPR.

Bagi Pengesahan Penempatan, pihak tuan perlu mengisi Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah (Bagi Pemohon Yang Lahir Di Kawasan Bersempadan Dengan Negeri Perlis, Perak Dan Pulau Pinang Sahaja)

Saya dilahirkan di Kedah tetapi saya dan keluarga telah berpindah dan menetap di luar Kedah, adakah saya layak?

Tidak Layak. Anda mestilah bermastautin DAN menetap di Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran IPT).

Adakah pemohon yang mengikuti pengajian asasi/matrikulasi/sijil juga diberi peluang untuk memohon bantuan ini?

Tidak layak.

Bagi pelajar MUSLIM yang berkelayakan, anda boleh melayari laman sesawang Lembaga Zakat Negeri Kedah melalui pautan zakatkedah.com.my untuk permohonan Bantuan Awal Pengajian

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!