Permohonan Skim Bantuan Am Pelajaran MAIPk Perak 2023

Majlis Agama Islam & ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) membuka permohonan kepada pemohon yang berkelayakan bagi memohon Skim Bantuan Am Pelajaran 2023 yang merupakan bantuan persediaan bagi melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Skim yang disediakan adalah berbentuk bantuan zakat bagi memasuki mana-mana IPTA dan IPTS dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. 

Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza mengikut peringkat pengajian masing-masing.

Apa itu Skim Bantuan Am Pelajaran MAIPk?

Bantuan Am Pelajaran adalah Skim bantuan di bawah Asnaf Fisabilillah yang disediakan bagi membantu pelajar-pelajar membuat persediaan untuk melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Bantuan adalah dalam bentuk kewangan dan kadar bantuan adalah berdasarkan peringkat pengajian.

Matlamat MAIPk adalah untuk membantu para pelajar anak-anak Perak khususnya dan membela nasib para pelajar fakir dan miskin.

Semoga dengan Bantuan Am Pelajaran ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ketua keluarga atau penjaga para pelajar ini.

Tempoh Permohonan

Tarikh memohon tidak melebihi 3 bulan dari tarikh daftar diri ke IPTA / IPTS.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah berdasarkan peringkat pengajian seperti jadual di bawah;

PERINGKAT PENGAJIANKADAR BANTUAN
SIJIL / MATRIKULASI / STPM / STAM / SPMV(KV)RM500.00
DIPLOMA / DPMV (KV)RM600.00
IJAZAHRM700.00

Syarat Umum Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat umum permohonan Skim Bantuan Am Pelajaran MAIPk bagi tahun 2023;

  1. Setiap peringkat pengajian hanya sekali sahaja bantuan akan diberi.
  2.  Tarikh memohon tidak melebihi 3 bulan dari tarikh daftar diri ke IPTA / IPTS
  3.  Tempoh pengajian mestilah melebih tempoh setahun atau 12 bulan.
  4.  Pemohon mestilah bermastautin dalam Negeri Perak.
  5.  Permohonan ini tertakluk kepada PENGAJIAN SEPENUH MASA SAHAJA.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan http://online.maiamp.gov.my/bantuanam/ 

Sila lihat manual penggunaan melalui pautan berikut;

http://online.maiamp.gov.my/bantuanam/utiliti/ManualFisBAP.pdf 

Info Lanjut dan Pertanyaan

Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi di talian 05-2084000.

Manakala, jika ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai Bantuan Am Pelajaran, boleh hubungi seperti di talian berikut;

Senarai Alamat dan No Telefon MAIPk

Like dan follow Facebook Zakat Perak MAIPk – https://www.facebook.com/ZakatPerakMAIPk/ 

Share Posting’ ini. Galakkan anak-anak melanjutkan pelajaran. Cari ilmu sebanyaknya. Dengan ilmu boleh jadi insan berguna.

‘Share Posting’ ini. Biar ramai anak-anak Perak tahu. Pendidikan diutamakan kepada anak negeri. Demi melahirkan bangsa merdeka berilmu.

Kisah pelajar melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara

Saksikan contoh kisah mereka. 

Kisah Pelajar di negara Jordan:

Kisah pelajar ACCA dalam negara:

Sumber: Facebook Zakat Perak – MAIPk & Laman Portal MAIPk

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top