Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) fasa 1 telah pun dikreditkan pada pertengahan Januari yang lalu. Kini ramai pula yang bertanya tarikh dan jumlah bayaran bagi STR Fasa 2.
Ya lah, tak lama lagi dah nak puasa, kemudian buka sekolah, lepas tu nak sambut hari raya pula. Mesti nak pakai duit yang banyak terutamanya bagi keluarga yang mempunyai anak ramai.
Mudah-mudahan dengan adanya pengumuman bayaran STR Fasa 2, rakyat dapat membuat persiapan dan perancangan untuk sesi persekolahan yang baru, sambutan bulan ramadhan 1444, dah hari Raya Aidil Fitri 2023.
Bila Tarikh Bayaran STR Fasa 2?
Untuk makluman semua, ada yang memanggil bantuan ini sebagai Bantuan Tunai Rakyat (BTR), namun nama rasmi yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Januari yang lalu adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Oleh itu jangan keliru antara BTR dan STR.
[TERKINI] Kementerian Kewangan melalui laman portalnya telah mengeluarkan jadual rasmi pembayaran STR bagi tahun 2023.
Secara keseluruhannya, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dilaksanakan 4 kali bagi tahun 2023.
Pembayaran STR Fasa 2 akan dibuat pada bulan April 2023.

Oleh yang demikian, khabar angin yang mengatakan bayaran akan dibuat pada bulan Februari juga adalah tidak benar.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menjawab perkara ini apabila netizen bertanya mengenai khabar angin yang mengatakan pembayaran fasa 2 dibuat pada bulan Februari.
Menurut LHDNM, tarikh pembayaran STR FASA 2 akan dimaklumkan oleh MoF (Kementerian Kewangan Malaysia). Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara ini.

Jadi Bilakah Anggaran Tarikh Bayaran STR seterusnya?
Kita boleh jangkakan anggaran tarikh pembayaran Fasa 2 STR seperti berikut;
- Sebelum hari raya (Tarikh Hari Raya = 22 April).
Jangkaan tarikh bayaran adalah seminggu sebelum Hari Raya Puasa pada 22 April 2022 iaitu 17 April 2023 bersamaan tarikh gaji kakitangan kerajaan.
Ia adalah sebagai persiapan untuk menyambut Aidilfitri pada tahun.
Walaupun begitu, tarikh di atas adalah jangkaan sahaja. Pengumuman tarikh rasmi akan dibuat oleh Perdana Menteri dari semasa ke semasa.
Jumlah Bayaran Fasa 2
Jumlah bantuan fasa 2 yang akan diterima adalah berbeza mengikut kategori dan had bilangan anak.

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bil anak 0 – RM200
- Bil anak 1-2 – RM200
- Bil anak 3-4 – RM200
- Bil anak 5 dan ke atas – RM200
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- Bil anak 0 – RMRM200
- Bil anak 1-2 – RMRM200
- Bil anak 3-4 – RMRM200
- Bil anak 5 dan ke atas – RM200
Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000
- RM100
Bujang berumur 21-59 tahun
- RM100
Bujang OKU berumur 19-59 tahun
- RM100
Cara Semakan Status Kelulusan STR 2023
Sekiranya andan ingin mengetahui status kelulusan STR, Semakan status kelulusan STR boleh dibuat melalui 5 kaedah berikut;
- Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
- Menghubungi LHDM
- Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Bagi semakan secara online di portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/cara-caranya adalah sebagaimana berikut;
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
- Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik menu semakan pembayaran fasa 1
- Klik maklumat pembayaran

Sekiranya layak STR, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;
- Tarikh Kredit
- No.Pengenalan Akaun Dikredit
- Nama Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Tarikh Tunai

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login
Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.
Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;
- Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022;
- Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
- Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
- Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
- Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
- Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
- Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
Untuk makuman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat.
Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.
Cara Bayaran
Setelah pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan, pembayaran STR Fasa 2 akan dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:
- Kredit ke akaun bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat. - Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Pembayaran terakhir BKM 2022 adalah secara tunai
- Status pengkreditan gagal kredit
- Tiada maklumat akaun bank.
FAQ (Soalan Lazim)
April 2023. Tarikh sebenar pembayaran STR FASA KEDUA akan dimaklumkan oleh MoF (Kementerian Kewangan).
– Isi Rumah = RM200
– Bujang = RM100
Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
Menghubungi LHDM
Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Penerima STR yang layak menerima bayaran fasa seterusnya adalah penerima yang berstatus lulus melalui semakan di MySTR.