Berita baik kepada Koperasi, Persatuan dan Pertubuhan Berdaftar (NGO, Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. ( PUJB ) akan melaksanakan Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES) dan beberapa program pembangunan ekonomi yang lain pada tahun ini.
Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES) dirangka bagi mengenal pasti projek-projek keusahawanan yang berasaskan komuniti yang berpotensi dan berdaya maju di Negeri Johor.
Sebanyak 53 Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) dijangka menerima manfaat menerusi PPES.
Apa Itu Program Pembangunaan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES)
Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES) merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan Program Pembangunan Ekonomi Setempat 1.0 (PPES) pada tahun 2021.
Program ini dirangka bagi mengenal pasti projek – projek keusahawanan yang berasaskan komuniti yang berpotensi dan berdaya maju di Negeri Johor.
Jumlah Bantuan
Bantuan yang ditawarkan dalam bentuk geran yang bernilai sehingga RM15,000.00 yang merangkumi kos menaiktaraf infrastruktur, pembelian mesin dan peralatan yang berkaitan dengan projek.
Tarikh Permohonan
Pemohonan dibuka bermula 31 Januari 2022 (Isnin), jam 8.00 malam sehingga 14 Februari 2022 (Isnin) jam 5.00 petang menerusi hebahan di facebook Perbadanan Usahawan Johor.
Syarat dan Kriteria Permohonan
- Penduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang – kurangnya 5 tahun.
- Permohonan hanya terbuka kepada Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) dan telah berdaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Pejabat Daerah di Negeri Johor, jabatan / agensi atau kementerian yang berkaitan.
- Permohonan terbuka kepada semua jenis projek / perniagaan yang patuh syariah dengan menyediakan kertas kerja projek untuk dimuatnaik ketika permohonan dibuat.
- Ketika permohonan dibuat, projek telah dijalankan dan berpotensi untuk berdaya maju.
- Projek yang diusahakan perlu beroperasi di dalam Negeri Johor sahaja dan mampu menyediakan peluang pekerjaan dan manfaat kepada masyarakat setempat.
- Permohonan yang dibuat menerusi Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) perlu mempunyai kewangan yang kukuh serta kapasiti, keupayaan, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan projek berkaitan.
- Keutamaan permohonan kepada yang belum pernah menerima mana-mana bantuan dari Kerajaan Negeri Johor atau Persekutuan dalam tempoh 2 tahun sebelum permohonan ini dibuat.
Skop Bantuan
- Jumlah bantuan geran yang ditawarkan bernilai sehingga RM15,000.00 sahaja yang merangkumi kos menaiktaraf infrastruktur, pembelian mesin dan peralatan yang berkaitan dengan projek.
- Jumlah nilai yang diluluskan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Kelulusan menerusi program ini.
- Geran yang diberikan adalah dalam bentuk peralatan, mesin, atau infrastruktur sahaja.
Cara Permohonan
- Borang permohonan boleh diisi menerusi website Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB) di https://www.pujb.my/ menerusi menu “Daftar Sistem PADU” yang merupakan Pusat Data Usahawan (PADU) dan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat usahawan di Johor.
- Hanya Koperasi, Persatuan atau Pertubuhan Berdaftar (NGO) yang layak sahaja akan dihubungi oleh PUJB.
- Bagi permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan DIANGGAP tidak berjaya. Tiada sebarang pemakluman bagi permohonan yang TIDAK BERJAYA.
- Pemohonan dibuka bermula 31 Januari 2022 (Isnin), jam 8.00 malam hingga 14 Februari 2022 (Isnin) jam 5.00 petang.
- Satu permohonan hanya layak untuk satu projek sahaja.
- Sila pastikan setiap ejaan dan nombor telefon yang diberikan semasa permohonan dibuat adalah tepat dan aktif bagi mengelakkan sebarang masalah komunikasi atau masalah tidak dapat dihubungi.
- Pihak PUJB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan ejaan perkataan atau nombor telefon serta maklumat yang diberikan yang mengakibatkan permohonan tidak berjaya.
Info dan Maklumat Lanjut
Jika terdapat sebarang permasalahan atau pertanyaan bagi permohonan menerusi Sistem PADU di laman web www.pujb.my boleh dibuat menerusi kaedah berikut;
- WhatsApp di 011-2075 5135; atau
- Emel di [email protected]
Sumber: Perbadanan Usahawan Johor
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.