Koperasi tentera membuka permohonan Skim Dermasiswa 2022 (DERMS) kepada mereka yang berkelayakan bagi tahun 2022.
Permohonan telah dibuka mulai 24 Januari yang lalu. Berikut adalah maklumat mengenai Skim Dermasiswa Koperasi Tentera.
Apa itu Skim Dermasiswa Koperasi Tentera?
Skim Dermasiswa (DERMS) adalah sumbangan untuk anak-anak anggota Koperasi Tentera (KT) yang bersekolah di peringkat sekolah menengah iaitu Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 4. Skim ini berdasarkan kepada keputusan peperiksaan akhir.

Jumlah Sumbangan
Jumlah sumbangan bagi skim ini adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan yang telah ditetapkan oleh Koperasi Tentera (KT).
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 24 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022.
Syarat Kelayakan
- Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
- Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
- Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
- Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
- Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.
- Anak anggota yang belajar di sekolah menengah kerajaan sahaja.
- Memperolehi markah 60% dan ke atas atau Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik (MAT).
Cara Memohon
Borang permohonan DERMS 2022 boleh diperolehi di kaunter-kaunter Ibu pejabat, Cawangan yang berhampiran atau muat turun menerusi lawan web KT di www.katmb.com.my
Atau boleh download melalui borang di bawah ini.
Penghantaran Dokumen
Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang beralamat di:
Koperasi Tentera Wisma Koperasi Tentera No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat 53000 Kuala Lumpur (Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan) |
Dokumen Sokongan (Salinan Perlu Disahkan)
Pemohon (Anggota KT)
- MyTentera (Anggota ATM)
- MyKad (Awam/Pesara)
- Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)
- Penyata Pencen Terkini / Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja Sendiri
Pelajar (Anak)
- Mykad Pelajar
- Slip Peperiksaan Akhir Tahun 2021
- Salinan Akaun Bank
Info Dan Pertanyaan
Untuk pertanyaan, hubungi koperasi tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan KT berhampiran.
Sumber: Facebook Koperasi Tentera dan Laman web https://www.katmb.com.my/
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.