Sunday, October 1, 2023
HomeBantuan IPTPermohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2022

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2022

Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka permohonan  buat semua pelajar IPT dalam & luar negara di negeri ini bagi memohon dana  Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) ini. 

Dana ini adalah secara one-off bagi setiap peringkat pelajaran dan permohonan hanya boleh buat sekali sahaja ya. Jadi anda perlu berhati-hati ketika membuat permohonan.

Apa itu Dana  Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS)?

Dana Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara dan luar negara bagi golongan pertengahan yang memenuhi syarat kelayakan.

Iklan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2022

Tarikh Permohonan

Para pelajar boleh membuat permohonan ini bermula dari 24 Januari 2021 jam 10.00 pagi dan akan tamat pada 20 Februari 2022 jam 11.59 malam

Bagaimanapun permohonan akan ditutup sekiranya telah mencapai had peruntukan yang ditetapkan iaitu RM1,500,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM500,000 bagi SPZAS IPT luar negara.

Kadar Sumbangan

Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima kadar sumbangan sebagaimana berikut;

  • RM700 (SPZAS IPT dalam negara) 
  • RM2,500 (SPZAS IPT luar negara) 

Sumbangan adalah di bawah peruntukan asnaf fi sabilillah.

Syarat-syarat Permohonan

Kriteria kelayakan sumbangan adalah seperti berikut:-

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Ketua keluarga/penjaga lahir ahir dan menetap di Selangor / Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  4. Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan hanya untuk semester kedua (IPTA/IPTS)/SKM tahap dua(ILK/ILKS) dan ke atas sahaja (Bagi peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi yang tiada semester/tahap adalah layak memohon)
  5. Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan hanya untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan dan Morocco.
  6. Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM7,000 bagi SPZAS IPT luar negara.

Cara Memohon

Permohonan adalah secara atas talian sahaja melalui pautan berikut;

https://spzas.zakatselangor.com.my

Sila masukkan pilihan No Identiti anda untuk semakan status permohonan sebagaimana rajah berikut

Mohon Sumbangan Zakat Pendidikan Selangor

Dokumen Yang Diperlukan

Terdapat 11 (sebelas) dokumen yang diwajibkan untuk setiap pemohon memuat naik sewaktu permohonan dilakukan iaitu:

  1. Kad Pengenalan Pemohon
  2. Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga
  3. Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga
  4. Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  5. Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  6. *Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor)
  7. *Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan)
  8. Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)
  9. Kad OKU (Jika Berkenaan)
  10. Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)
  11. Pasport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara)

*Nota:Borang-borang ini boleh dimuat turun di www.zakatselangor.com.my/spzas .

Pelajar yang layak Untuk IPT Luar Negara

Sumbangan ini turut dibuka kepada pelajar luar negara namun hanya tertakluk kepada negara Mesir, Jordan dan Morocco di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Info dan Pertanyaan

Pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor di 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini.

Sumber: Portal Lembaga Zakat Selangor (LZS)

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!