Monday, June 27, 2022
HomeBantuan PKSPermohonan Geran PKS Makmur Johor 2022 (GOL 4.0) RM5,000

Permohonan Geran PKS Makmur Johor 2022 (GOL 4.0) RM5,000

Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. ( PUJB ) akan melaksanakan program keusahawanan berbentuk geran iaitu Geran PKS Makmur Johor 2022 (GOL 4.0) dan beberapa program pembangunan ekonomi yang lain pada tahun ini.

Geran PKS Makmur Johor (GOL 4.0) merupakan bantuan berbentuk mesin atau peralatan yang bernilai sehingga RM 5,000.00 yang dijangka memberi manfaat kepada 560 usahawan. 

Bantuan ini boleh dimohon oleh usahawan bertaraf mikro sahaja iaitu perniagaan yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.

Apa Itu Geran PKS Makmur Johor 2022?

Program ini merupakan Inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang telah dibentangkan menerusi Pembentangan Bajet 2022 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. 

Program ini diuruskan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd, (PUJB) selaku sekretariat program.

Bantuan ini dikhususkan bagi usahawan bertaraf mikro iaitu yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000.00 atau bilangan bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang. (definisi PKS, SME Corp, 2013).

Geran PKS Makmur Johor 2022

Jumlah Geran

Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk mesin atau peralatan bernilai sehingga RM5,000.00 sahaja. 

Kluster Perniagaan Yang Layak dan Tidak Layak

Kluster yang LAYAK memohon adalah seperti berikut :

  1. Gunting Rambut
    •  Merangkumi bidang perkhidmatan berkaitan dandanan rambut.
  2. Pemprosesan Makanan & Minuman
    • Merangkumi bidang pembuatan atau pemprosesan produk makanan dan minuman seperti makanan ringan, produk sejuk beku dan lain-lain.
  3. Percetakan
    • Kluster ini merangkumi bidang berkaitan percetakan dan lain-lain.
  4. Kimpalan
    • Merangkumi bidang dan proses pencantuman bahan yang melibatkan logam.
  5. Pertukangan Kayu
    • Merangkumi bidang dan proses pertukangan berorentasikan kayu kraftangan, perabot dan lain-lain. 

Kluster yang TIDAK LAYAK memohon adalah seperti berikut:

  1. Agro / Perikanan / Penternakan
    • Kluster agro merangkumi semua yang terlibat dalam bidang pertanian, perladangan dan tanaman.
  2. Elektrik Dan Plumbing
    • Kluster elektrikal dan mekanikal merangkumi bidang seperti perkhidmatan pembaik pulih penghawa dingin, pendawaian elektrik dan lain-lain.
  3. Kedai Makan Dan Minuman
    • Kluster ini menyediakan perkhidmatan berkaitan makanan & minuman, restoren, kafe dan lain-lain.
  4. Pelancongan dan Penginapan
    • Kluster merangkumi bidang, perhotelan, perkhidmatan pemandu pelancong, agensi pelancongan. pelancongan rekreasi dan lain-lain.
  5. Sukan / Hobi
    • Kluster ini merangkumi semua bidang yang berkaitan dengan hobi & sukan.
  6. Teknologi Maklumat / Komputer / Gajet
    • Kluster ini menyediakan perkhidmatan berkaitan perkomputeran, networking dan lain-lain.
  7. Pemborong Dan Peruncitan
    • Merangkumi segala bidang yang berkaitan dengan pemborong dan peruncitan.
  8. Lain-Lain Kluster Yang Tidak Di Nyatakan diatas. 


Syarat Dan Kriteria Permohonan 

  1. Penduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di negeri Johor sekurang – kurangnya 5 tahun dan berumur 18 – 65 tahun semasa permohonan dibuat.
  2. Mempunyai premis perniagaan atau perniagaan yang dijalankan mestilah berasingan dengan rumah.
  3. Telah menjalankan perniagaan selama 3 bulan dan ke atas mengikut tarikh pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  4. Perniagaan hendaklah dijalankan secara sepenuh masa dan bukan sambilan.
  5. Ketika permohonan dibuat perlu mengemukakan salinan kad pengenalan (depan dan belakang dalam satu muka surat), salinan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu merangkumi Maklumat Pemilik Perniagaan dan Maklumat Perniagaan, gambar premis perniagaan, gambar produk yang dihasilkan, mengemukakan salinan penyata akaun syarikat atau penyata akaun simpanan peribadi yang aktif untuk 1 bulan terkini dan gambar mesin atau peralatan yang diperlukan.
  6. Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi kriteria sahaja akan diproses dan disaring ke fasa seterusnya.
  7. Keutamaan permohonan kepada yang belum pernah menerima mana-mana bantuan dari Kerajaan Negeri Johor atau Persekutuan dalam tempoh 2 tahun sebelum permohonan ini dibuat. 

Cara Memohon

  1. Borang permohonan boleh diisi menerusi website Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd (PUJB) di https://www.pujb.my/  menerusi menu “Daftar Sistem PADU” yang merupakan Pusat Data Usahawan (PADU) dan berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat usahawan di Johor.
  2. Hanya permohonan yang layak sahaja akan dihubungi oleh PUJB.
  3. Bagi permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan DIANGGAP tidak berjaya. Tiada sebarang pemakluman bagi permohonan yang TIDAK BERJAYA.
  4. Pemohonan dibuka bermula 31 Januari 2022 (Isnin), jam 8.00 malam hingga 14 Februari 2022 (Isnin) jam 5.00 petang.
  5. Satu permohonan hanya layak untuk satu syarikat sahaja.
  6. Sila pastikan setiap ejaan dan nombor telefon yang diberikan semasa permohonan dibuat adalah tepat dan aktif bagi mengelakkan sebarang masalah komunikasi atau masalah tidak dapat dihubungi.
  7. Pihak PUJB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan ejaan perkataan atau nombor telefon serta maklumat yang diberikan yang mengakibatkan permohonan tidak berjaya. 

Tarikh Permohonan

Pemohonan dibuka bermula 31 Januari 2022 (Isnin), jam 8.00 malam sehingga 14 Februari 2022 (Isnin) jam 5.00 petang menerusi hebahan di facebook Perbadanan Usahawan Johor.

Info dan Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang permasalahan atau pertanyaan bagi permohonan menerusi Sistem PADU di laman web www.pujb.my boleh dibuat menerusi kaedah berikut; 

  1. WhatsApp di  011-2075 5135; atau 
  2. Emel di  [email protected]

Sumber: Perbadanan Usahawan Johor

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!