Monday, June 27, 2022
HomeInfoPemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) 2022

Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) 2022

Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2022 telah bersetuju menaikkan jumlah hari maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 150 hari kepada 160 hari dan membenarkan pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari mulai Januari 2022.

Sekiranya pegawai telah mengumpul GCR melebihi 160 hari, lebihan GCR yang terkumpul berkenaan boleh digunakan oleh pegawai sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

Pemberian awal award wang tunai GCR mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2022.

Apakah Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat? 

Award wang tunai GCR adalah wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

Apakah yang dimaksudkan pemberian awal award wang tunai GCR? 

Pemberian awal award wang tunai GCR adalah inisiatif yang membenarkan seseorang pegawai menukar jumlah GCR yang telah dikumpulkan kepada wang tunai semasa dalam perkhidmatan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. 

Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehad (GCR)

Syarat-syarat kelayakan pemberian awal award wang tunai GCR

Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

(a) tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun;

(b) pegawai telah mencapai umur 45 tahun;

(c) jumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan pemberian awal award wang tunai GCR hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari;

(d) bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib; dan

(e) mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

Jumlah Maksimum Pengumpulan Gantian Cuti Rehat (GCR)

Jumlah maksimum pengumpulan GCR yang boleh dibayar award wang tunai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah 160 hari. Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai, manakala baki 80 hari GCR terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan wajib pegawai.

Formula Pengiraan Pemberian Awal Award Wang Tunai GCR

Pengiraan: 1/30 X gaji semasa diterima X 80 hari

Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 80 hari hanya boleh dibuat sekali sahaja sepanjang perkhidmatan pegawai, manakala baki 80 hari GCR terkumpul akan dibayar pada tahun persaraan wajib pegawai.

Contoh Pengiraan adalah sebagaimana di bawah;

Jumlah Keseluruhan GCR Kurang Daripada 160 hari
Jumlah keseluruhan GCR kurang daripada 160 hari
Jumlah Keseluruhan GCR Kurang Sebanyak 160 hari
Jumlah Keseluruhan GCR Kurang Sebanyak 160 hari
Jumlah Keseluruhan GCR melebihi 160 hari
Jumlah Keseluruhan GCR melebihi 160 hari

Cara Memohon Pemberian Awal Award Wang Tunai GCR

Permohonan pemberian awal award wang tunai GCR perlu dibuat melalui Ketua Jabatan dan dikemukakan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

Info dan Maklumat Lanjut

Maklumat perhubungan berkaitan GCR boleh diajukan ke talian;

 03-8885 4686 / 4428 / 4431 / 4670 / 4427 / 4729 

Atau

 e-mel ke [email protected] 

Sumber: Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam dan Laman Portal JPA

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!