Permohonan Bantuan Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP)

Perhatian kepada usahawan-usahawan di negeri Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang membuka peluang kepada usahawan negeri ini bagi mengikuti program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) kepada mereka yang berkelayakan.

Permohonan dibuka sehingga 4 Februari 2022 (JUMAAT).

Kepada mereka yang berkelayakan, sila buat permohonan sebelum tarikh di atas.

Apa Itu Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP)

Zakat Pulau Pinang dengan kerjasama SME CORP Malaysia akan menganjurkan Program TUZPP yang bertujuan mengubah paradigma usahawan dan menambah baik taraf hidup golongan asnaf.

Program ini akan dibangunkan melalui perkongsian maklumat, latihan pembangunan modal insan, pengurusan kewangan, pembiayaan khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan melalui TUZPP bagi membolehkan mereka menjana pendapatan jangka panjang.

Syarat dan Kelayakan Permohonan

Permohonan TERBUKA kepada mereka yang memenuhi kriteria serta mengikut syarat-syarat yang ditetapkan;

  1. Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
  2. Berumur di antara 18 hingga 46 tahun. (Pada tarikh tutup permohonan).
  3. Mempunyai lesen perniagaan SSM. (Sekurang-kurangya telah berdaftar selama 6 bulan).
  4. Tidak hamil/dalam tempoh berpantang. (Pada tarikh tutup permohonan).
  5. Sihat tubuh badan serta bebas alahan serius. (Contoh: Alahan yang memudaratkan sekiranya mengikuti aktiviti lasak di kawasan hutan). 
  6. Tidak pernah menjalani pembedahan/mengalami patah tulang. (6 bulan sebelum tarikh tutup permohonan)
  7. Tiada rekod jenayah/bankrap/dalam tindakan mahkamah.
  8. Hanya salah seorang sahaja daripada pertalian satu keluarga layak memohon. (Contoh: Adik beradik/anak beranak/suami isteri).
  9. Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; dan
  10. Tidak pernah menyertai program ini sebelumnya.

BORANG PERMOHONAN PESERTA TUNAS USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG (TUZPP)

Permohonan boleh dibuat melalui pautan Google Form: https://bit.ly/3hqcmQU atau imbas QR Code dalam poster di bawah;

QR Code Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP)

Nota;

  • Sila isi dengan HURUF BESAR
  • Pastikan semua diisi dengan jelas

Tarikh Tutup Permohonan

Bantuan ini dibuka mulai 28 Januari dan ditutup pada  4 Februari 2022.

Info dan Pertanyaan

Pertanyaan lanjut klik  https://wa.me/601128724558

Bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang

Sumber: Zakat Pulau Pinang

Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP)

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top