Jawatan Kosong di MAIWP. Tarikh Tutup Permohonan 12 Februari 2022

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membuka permohonan bagi jawatan kosong tahun 2022.

Terdapat 9 kekosongan bagi jawatan kosong di MAIWP dari gred 19 sehingga gred 41

Berikut adalah maklumat  mengenai jawatan kosong di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Penempatan

MAIWP Kuala Lumpur

Kekosongan Jawatan 

BILJAWATANGREDTARAFKEPERLUAN
1Pegawai Hal Ehwal IslamS41Kontrak1
2Pegawai Perkhidmatan PendidikanDG41Kontrak1
3Pegawai TadbirN41Kontrak1
4Penolong Pegawai Teknologi MaklumatFA29Kontrak2
5Pembantu Hal Ehwal IslamS19Kontrak1
6JurufotografiB19Kontrak1
7Pembantu Hal Ehwal Islam (Bilal)S19Kontrak2

Jumlah kekosongan adalah 9.

Cara Memohon

Permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di portal MAIWP melalui pautan berikut;

https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/10-jawatan-kosong

Kepada pengguna baharu laman portal MAIWP, anda perlu mendaftar akaun pemohon di http://ejawatan.maiwp.gov.my/spp/login.cfm#toregister 

Isi maklumat berikut dengan lengkap;

  • Nama penuh
  • Nombor Kad Pengenalan
  • Nombor telefon bimbit
  • Email

Pendaftaran permohonan jawatan hanya diterima melalui online sahaja. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan. Tempoh sah laku permohonan adalah 6 bulan. Calon yang berjaya melepasi tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. 

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 12 Februari 2022 (Sabtu) JAM 11.59 MALAM.

Hebahan Iklan Jawatan Kosong MAIWP Tarikh tutup 12 Februari 2022

Info dan Pertanyaan

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Ibu Pejabat)
Aras 1,7,9-11, Bangunan PERKIM No. 150, Jalan Ipoh 51200 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03- 4047 9444 No. Faks : 03- 4044 9444

Laman Facebook: https://www.facebook.com/maiwphq 

Mengenai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penubuhannya adalah bagi menjaga hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelum itu diletakkan di bawah kerajaan negeri Selangor. 

MAIWP selepas itu turut bertanggungjawab menguruskan hal ehwal umat Islam di Labuan dan Putrajaya setelah kedua-duanya diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan masing-masing pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001. 

Penubuhan MAIWP dinyatakan melalui peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa :

“Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan- peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.”

Seksyen 4(1), Akta 505 pula menyatakan:-

“Maka hendaklah ada suatu badan yang dikenali sebagai “Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan”, untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara- perkara yang berhubungan dengan agama Islam.”

Bidang kuasa MAIWP pula dijelaskan melalui Seksyen 31, Akta 505 yang menyatakan:

“Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di- Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam Wilayah- Wilayah Persekutuan, kecuali perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini.”

Scroll to Top