Sunday, October 1, 2023
HomeBantuan Keluarga MalaysiaWaktu Operasi Kaunter Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Hujung Minggu

Waktu Operasi Kaunter Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Hujung Minggu

Bagi memudahkan urusan kemas kini dan permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah membuka kaunter BKM pada hujung minggu iaitu pada 7, 8, 28 dan 29 Januari 2022 bagi Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, manakala pada 8, 9, 29 dan 30 Januari 2022 bagi negeri-negeri yang lain.

Perkhidmatan kaunter BKM ini dibuka di Pejabat Cawangan HASIL, Pejabat Satelit, Pusat Khidmat HASIL dan Pusat Transformasi Bandar di seluruh negara.

Sebagai makluman tarikh akhir kemas kini dan permohonan BKM adalah pada 31 Januari 2022 (ISNIN). Oleh yang demikian, kaunter BKM dibuka pada hujung minggu selain hari-hari lain bagi memudahkan mereka yang ingin membuat permohonan secara manual.

Waktu Operasi Kaunter BKM Hujung Minggu

Minggu ini iaitu 28, 29 dan 30 adalah minggu terakhir pembukaan kaunter pada hari cuti hujung minggu.

Tarikh dan waktu operasi kaunter BKM pada hujung minggu ini adalah sebagaimana berikut:

LOKASI PREMIS LHDNMTARIKHWAKTU OPERASI
Kedah, Kelantan, Terengganu & Johor28-29 Januari 2022 (Jumaat & Sabtu)8.00 pagi – 4.30 petang
Negeri-negeri lain29 – 30 Januari 2022 (Sabtu & Ahad)8.00 pagi – 4.30 petang (Semenanjung)
8.00 pagi – 3.30 petang (Sabah / Sarawak)
Waktu Operasi Kaunter BKM 2022 Pada Hujung Minggu Terakhir

Permohonan Baharu BKM

Walau pun kaunter pendaftaran BKM secara manual dibuka (termasuk hujung minggu), suka untuk HASIL memberikan saranan agar pemohon membuat pendaftaran secara dalam talian melalui portal rasmi BKM di https://bkm.hasil.gov.my/

Hal ini bagi memastikan risiko penularan wabak COVID-19 dapat dikurangkan.

Bagi pemohon yang ingin hadir ke premis HASIL adalah dinasihatkan agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (S.O.P) pencegahan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Siapa Yang Perlu Membuat Kemas Kini dan Permohonan Baharu BKM

Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:

  • Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.

Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat

Pemohon disarankan untuk membuat semakan BKM 2022 secara dalam talian. Sekiranya tiada rekod BKM 2022 dan menepati syarat kelayakan, permohonan baharu BKM 2022 boleh dibuat.

Borang-borang berkaitan

Info dan Pertanyaan Mengenai BKM

  • Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hotline BKM MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
  • e-Mel: [email protected]
  • Alamat
Sekretariat BKM,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Sumber: Facebook LHDNM dan Portal MyBKM

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!