Permohonan Baharu & Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Bagi mereka yang ingin memohon Bantuan Keluarga Malaysia, permohonan baharu dan kemaskini BKM telah dibuka mulai 1 Januari 2022.

Untuk makluman, Kerajaan Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (atau BKM) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.

Apa itu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. 

Bantuan ini diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2021 (Jumaat).

Dalam pembentangan tersebut, Tengku Zafrul memaklumkan;

“Pada tahun hadapan, inisiatif bantuan tunai langsung akan ditambah baik. Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (atau BKM) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.”

“Pembaharuan ini telah mengambil kira cadangan yang diterima daripada orang ramai melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat. Oleh itu, untuk tahun 2022, BKM akan menyalurkan bantuan iaitu sebanyak 2,000 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang 2,500 ringgit sebulan. 

“Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding 1,800 ringgit iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (atau BPR) sebelum ini.”

Tarikh Permohonan Baharu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Pendaftaran BKM 2022 bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 iaitu selama sebulan (tertakluk kepada perubahan).

Semakan Status Permohonan BKM

Semakan status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 boleh dibuat seperti berikut:

  1. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile BKM; atau

Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS

  1. Hubungi Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747

(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau

  1. Hotline MoF: 03-8882 4565 / 4566

(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau

  1. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PS LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Siapakah yang perlu membuat permohonan baharu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022? 

Pemohon yang perlu membuat Permohonan baharu Bantuan Keluarga Malaysia 2022 adalah seperti berikut: 

  1. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 atau Bantuan Khas COVID-19 (BKC); serta 
  2. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau 
  3. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu Bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Cara membuat permohonan BKM 2022? 

Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut: 

  1. Permohonan Secara Dalam Talian Permohonan BKM 2022 boleh dibuat di: 
    1. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau 
    2. Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit 
  2. Permohonan Melalui Borang Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di: 
    1. Portal Rasmi BKM LHDNM; atau 
    2. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Penghantaran Borang BKM 2022

Borang BKM 2022 yang telah lengkap diisi boleh dihantar di kaunter-kaunter berikut:

  1. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
  2.  Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau 
  3. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau 
  4. Pejabat Daerah / Pejabat Residen 

Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:

Peti Surat BKM
GPO Shah Alam
40800 Selangor 

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan Semasa Membuat Permohonan BKM 2022

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut: 

  1. Pemohon: 
    1. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau 
    2. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau 
    3. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau 
    4. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah 
    5. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 
  2. Pasangan: 
    1. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau 
    2. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan 
  3. Anak: 
    1. Anak Kandung  
      • Salinan MyKad / MyKid; dan  
      • Salinan Sijil Lahir
    2. Anak Angkat 
      • Salinan MyKad / MyKid; dan 
      • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN 

Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian. 

Jenis Akaun Bank Yang Perlu Didaftarkan Ketika Permohonan BKM 2022

Anda perlu mendaftarkan akaun bank persendirian. 

Kemaskini Permohonan BKM 2022

Adakah saya perlu membuat kemas kini permohonan BKM 2022 sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat pada BPR dan BKC?

Sekiranya semakan permohonan di portal BKM 2022 anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat, anda tidak perlu membuat kemas kini maklumat BKM 2022. Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan di Portal Rasmi BKM 2022 tidak wujud, anda perlu membuat permohonan baharu. 

Sekiranya saya tidak mengemaskini permohonan BKM 2022 sepanjang tempoh permohonan dibuka, adakah saya layak BKM 2022?


Sekiranya anda tidak hadir untuk kemas kini, permohonan di portal BKM 2022 anda akan diproses berdasarkan maklumat sedia ada iaitu berdasarkan data BPR 2021 atau BKC dan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan keputusan proses semakan maklumat berkenaan.

Saya telah diluluskan BPR 2021 dengan status Ibu Bapa Tunggal dan mempunyai seorang anak. Adakah saya perlu untuk kemas kini maklumat anak berkenaan dan kemukakan dokumen sokongan?

Sekiranya permohonan di portal BKM 2022 anda wujud dan tiada perubahan maklumat anak yang didaftarkan semasa BPR 2021, anda tidak perlu kemas kini permohonan. Ini kerana pemprosesan bagi penentuan kelayakan anak akan dibuat melalui sistem.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai tambahan anak yang lain, kemaskini dan serahan dokumen sokongan anak yang baharu perlu dibuat.

Semasa permohonan BPR 2021 sebelum ini, saya telah kemukakan semua dokumen sokongan yang diperlukan. Adakah saya perlu kemukakan semula semasa permohonan BKM 2022?

Sekiranya permohonan di portal BKM 2022 anda wujud dan tiada perubahan maklumat, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan semasa BKM 2022.
Saya berumur 65 tahun dan berstatus kahwin. Adakah saya perlu kemukakan sijil nikah bagi pengesahan status perkahwinan?

Bagi Pemohon BKM 2022 yang berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas), sebarang dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan semasa permohonan BKM 2022.


Suami saya adalah penerima BPR 2021. Bolehkah saya menukar permohonan suami saya kepada permohonan saya?

Sekiranya Permohonan di portal BKM 2022 wujud atas nama suami anda, permohonan atas nama suami perlu dibatalkan terlebih dahulu dengan mengisi borang pembatalan (BK-05) dan dikemukakan ke cawangan LHDNM sebelum permohonan baharu BKM 2022 dibuat atas nama anda.

Suami saya adalah penerima BPR2021 dan telah meninggal dunia sebelum 01 Januari 2022. Adakah saya boleh membuat Permohonan Baharu BKM 2022?

Ya. Anda boleh membuat Permohonan Baharu BKM 2022 dengan status perkahwinan yang terkini.

Saya berstatus bukan warganegara Malaysia, adakah saya boleh membuat kemaskini permohonan BKM 2022 atas nama suami saya?

Tidak. Pemohon yang meninggal dunia sebelum 01 Januari 2022 tidak layak untuk membuat permohonan BKM 2022. Oleh itu, kemaskini ke atas permohonan suami tidak dibenarkan. 

Info dan Maklumat Lanjut BKM 2022

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau
  2. Aplikasi Mobile BKM; atau
  3. Hubungi Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. Hotline MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  5. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PS LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.

Tarikh Kemaskini: 1 Januari 2022

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top