Semakan BKM Fasa 3: Login MyBKM bkm.hasil.gov.my

Semakan BKM Fasa 3: Maklumat Terkini Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri pada 16 September yang lalu, beliau memaklumkan pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat bagi semua kategori.

Pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.

Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.

Sehingga September 2022, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan dan masih terdapat bayaran fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember 2022.

Semakan BKM Secara Online

Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 20 September 2022 melalui pautan berikut;

https://bkm.hasil.gov.my/

Untuk membuat semakan status kelulusan bantuan ini, caranya adalah sebagaimana berikut;

Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia BKM

Sila ikuti langkah semakan di bawah;

  1. Layari https://bkm.hasil.gov.my/ 
  2. Klik pada butang log masuk BKM (sebagaimana dalam gambar di atas)
  3. Masukkan Nombor MyKad dan tekan semak
  4. Pastikan kata kunci keselamatan anda adalah betul dan tekan ya
  5. Masukkan kata laluan dan tekan log masuk
  6. Klik pada butang semakan status bagi melihat kelulusan status anda

Pemohon yang telah membuat semakan akan dipaparkan maklumat berikut;

  1. Nombor Pengenalan Akaun dikredit 
  2. Nama Penerima 
  3. Fasa Pembayaran 
  4. Jumlah dikredit 
  5. Status Kredit 
  6. Nama Bank 
  7. Nombor Akaun Bank
Maklumat Status BKM 2022
semakan terkini status fasa 3 belum dikemaskini

Bank Mana Yang Masuk Dulu?

Berdasarkan pengalaman penerima BKM fasa 1 dan fasa 2 sebelum ini, penerima BKM yang daftar menggunakan akaun bank BSN akan terima dahulu bantuan kerana BSN adalah bank panel bagi Bantuan Keluarga Malaysia.

BSN dah Masuk (Fasa 3 BKM) RM400
BSN dah masuk fasa 3 BKM bagi kategori Isi rumah anak 3 ke atas

Ini diikuti secara BERPERINGKAT oleh beberapa bank yang lain seperti CIMB, Maybank, RHB, Bank Islam, Affin Bank, Bank Rakyat, Public Bank, Hong Leong Bank, Agro Bank dan lain-lain.

Untuk penerima BSN, jangkaan tarikh adalah pada 20 September (Selasa). Namun berkemungkinan juga akan masuk awal sehari (hanya jangkaan berdasarkan pengalaman BKM Fasa 1 dan 2). Manakala jangkaan bagi bank-bank yang lain akan masuk mulai 21 September 2022 (Rabu).

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Sekiranya terlupa password BKM, tindakan adalah seperti berikut:

Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut: 

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)  
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya  
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan  
    • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM  
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan 
    •  Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu. 
  2. Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
    •  Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat 
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkansebelum ini
Cara Reset ID Pemohon Bantuan Keluarga Malaysia

Untuk makluman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 3

Dalam pengumuman terkini Perdana Menteri, bayaran BKM fasa 3 akan mula dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.

Bayaran ini turut melibatkan rayuan BKM yang membuat permohonan rayuan pada Mei yang lalu.

Tarikh bayaran BKM Fasa 3

Jumlah Bayaran BKM Fasa 3

Jumlah bayaran bagi fasa 3 sedikit berbeza berbanding sebelum ini.

Penerima yang lulus akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM900 berdasarkan kelayakan setiap penerima masing-masing.

Maklumat pembayaran adalah sebagaimana berikut;

i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah 

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

  • 0 anak – RM200
  • 1-2 anak – RM300
  • 3 anak & ke atas – RM400

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 0 anak – RM100
  • 1-2 anak – RM100
  • 3 anak & ke atas – RM100

ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

  • 0 anak – RM500
  • 1-2 anak – RM600
  • 3 anak & ke atas – RM700

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 0 anak – RM400
  • 1-2 anak – RM400
  • 3 anak & ke atas – RM400

iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

  • 1-2 anak – RM800
  • 3 anak & ke atas – RM900

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

  • 1-2 anak – RM600
  • 3 anak & ke atas – RM600

iv. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah 

a) Pendapatan RM0-RM2500

  • RM150

v. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas 

a) Pendapatan RM0-RM5000

  • RM150

Untuk maklumat yang lebih jelas, anda boleh merujuk jadual yang disediakan di bawah;

i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah umlah bayaran BKM Fasa 3
ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) - Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300) umlah bayaran BKM Fasa 3
iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] - Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500) umlah bayaran BKM Fasa 3
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) tiada anak umlah bayaran BKM Fasa 3

Cara Bayaran

Kaedah pembayaran Fasa 3 BKM 2022 adalah seperti berikut: 

  1. Kredit ke akaun bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat. 
  2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    1. Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022. 
    2. Pembayaran Fasa 3 BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.

Sumber: Portal Bantuan Keluarga Malaysia

Soalan Lazim BKM

Bagaimana cara membuat semakan status BKM secara online?

Melalui laman portal BKM https://bkm.hasil.gov.my/

Bilakah Tarikh Pembayaran Fasa Ketiga BKM?

Mulai 20 September 2022 (Selasa)

Berapa Jumlah Bayaran BKM Fasa 3?

Antara RM100 hingga RM900 mengikut kelayakan penerima masing-masing.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.


Jadual Jangkaan Pembayaran BKM Fasa 3 Ke Akaun Bank Masing-Masing.

Jangkaan BKM Fasa 3 Masuk Akaun Bank | BSN, Maybank, CIMB
Scroll to Top