Permohonan BSN Myringgit-i Banjir dibuka kepada orang ramai yang menjadi mangsa banjir sehingga 31 Januari 2022.
Sehingga semalam, BSN telah meluluskan 22,887 permohonan berjumlah lebih RM221 juta.
Mereka yang terkesan dengan banjir boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian (online) dan mengemukakan yang lengkap serta sahih. Permohonan yang dilengkapi dengan maklumat yang sahih, dokumen yang lengkap serta menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan akan diproses bagi meringankan beban kewangan mereka.
Apa itu Skim BSN Myringgit-i Banjir?
BSN MyRinggit-i Banjir merupakan inisiatif kerajaan yang disediakan khusus bagi membantu mereka yang terkesan dengan bencana banjir Disember 2021 di Malaysia dan ditawarkan dalam bentuk pembiayaan peribadi tanpa cagaran.
Syarat Kelayakan
Pelanggan yang memenuhi kriteria di bawah layak untuk memohon skim ini;
- Warganegara Malaysia
- Tinggal di lokasi yang disahkan terjejas (berdasarkan pengesahan oleh Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis)
- Bukan seorang yang muflis
- Hanya satu permohonan sahaja daripada satu isi rumah
Amaun Pembiayaan
Sehingga RM10,000.00 dengan kadar keuntungan yang dikenakan adalah 0.00% (tanpa faedah).
Tempoh Pembiayaan
3.5 tahun termasuk moratorium (penangguhan bayaran) untuk 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan.
Cara Memohon
Pelanggan perlu melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui laman sesawang https://bsncheckin.com.my/floodfinancing/applicationform.aspx
Bagi Pelanggan yang mempunyai masalah / tidak mempunyai akses untuk ke laman sesawang berkenaan, sila kunjungi mana-mana Cawangan BSN yang berdekatan untuk membuat permohonan.
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan bagi permohonan;
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan bil elektrik rumah yang terjejas
- Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis berkenaan rumah yang terjejas
Semakan Status Permohonan
Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan dilakukan.
Pelanggan juga boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui pautan https://bsncheckin.com.my/FloodFinancing/checkstatus.aspx
Jadual Pembayaran Ansuran Bulanan BSN MyRinggit-i Banjir
Berikut adalah jadual ansuran bagi pembiayaan ini:

Kaedah Bayaran Ansuran Bulanan
- Tunai di kaunter BSN
- Arahan tetap
- IBG / e-payment
- ATM / CDM / MyBSN
- Mana-mana kaedah yang dibenarkan oleh BSN
Info dan Pertanyaan
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BSN MyRinggit-i Banjir:
- Sila hubungi 1300-88-1900
- Layari laman sesawang BSN
https://www.bsn.com.my/IslamicBanking/Financing/bsn-myringgit-i-banjir - Kunjungi mana-mana Cawangan BSN yang berdekatan



PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.