Thursday, September 21, 2023
HomeJawatan KosongPermohonan MySTEP Institut Sosial Malaysia (ISM) (STPM/Diploma)

Permohonan MySTEP Institut Sosial Malaysia (ISM) (STPM/Diploma)

Institut Sosial Malaysia (ISM), yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membuka permohonan bagi jawatan kosong Personel Shot-Term Employment Program (MySTEP) bagi tahun 2022.

Tawaran jawatan kosong MySTEP di bawah ISM ini adalah bagi gred 29.

Berikut adalah mengenai jawatan kosong MySTEP di Institut Sosial Malaysia (ISM).

Apa itu MySTEP?

MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​.

Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:

  1. Penempatan di Sektor Awam
  2. Penempatan di GLCs and rakan strategiknya

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:

Sektor AwamGLCs dan Rakan Strategiknya
1 – 12 Bulan6 – 12 Bulan

Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.​

Butiran Jawatan MySTEP di Institut Sosial Malaysia (ISM)

  • Kadar upah: Maksimum RM1,800.00
  • Tempoh kontrak: Februari 2022 – Disember 2022
  • Penempatan: Pusat Bertauliah Institut Sosial Malaysia
  • Faedah: 
    1. Cuti rehat
    2. Caruman KWSP dan Caruman PERKESO

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan bagi jawatan ini ditutup pada 31 Januari 2022 (ISNIN)

Deskripsi Tugas

  • Membantu Pengurusan Bertauliah ISM dalam Program Persijilan kemahiran Malaysia
  • Menaip dan menyediakan dokumen berkaitan Program Persijilan Kemahiran
  • Membantu semakan portfolio calon yang diarahkan dari masa ke semasa
  • Membantu pendaftaran permohonan ke dalam sistem MySpike 
  • Menghantar dokumentasi ke Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Syarat Permohonan

  • TPM/ Diploma atau kelayakan diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Lengkap Dua (2) Dos Vaksinasi
  • Keutamaan kepada –
    • Permohonan yang menetap di Sungai Besi/ Seri Kembangan/ Sekitar Lembah Klang
  • Mempunyai Kenderaan 
  • Perempuan
  • Bujang
  • Boleh bekerja lebih masa
  • Mempunyai pengalaman dalam Pusat Bertauliah dan Program Persijilan Kemahiran Malaysia
  • Fokus pada kerja dan boleh mendengar arahan

Cara Memohon

  • Permohonan hanya melalui E-mel [email protected]  
  • Permohonan mestilah lengkap: Resume berserta gambar, salinan Kad Pengenalan dan salinan sijil akademik

Mengenai ISM

Institut Sosial Malaysia (ISM), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang bertaraf Institut Latihan Awam, merupakan sebuah pusat kecemerlangan dalam bidang kerja sosial dan pembangunan sosial yang mula beroperasi pada tahun 2002. 

Sebagai think tank kepada pembangunan sosial negara, ISM bukan hanya menawarkan program latihan yang berkualiti, tetapi turut menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan terkini yang mengetengahkan isu-isu sosial sejagat. 

Untuk melengkapkan lagi peranan ISM sebagai pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat negara dan antarabangsa, ISM turut menjalinkan kolaborasi strategik dengan pihak berkepentingan untuk menyebarluaskan lagi perkhidmatannya kepada setiap lapisan masyarakat.

Jawatan Kosong Personel MySTEP Institut Sosial Malaysia (ISM)

Sumber: Institut Sosial Malaysia (ISM)

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!