Wednesday, December 6, 2023
HomeInfoBantuan Elaun Tambahan Dan Skim Buku Teks KAFA 2022

Bantuan Elaun Tambahan Dan Skim Buku Teks KAFA 2022

Dalam perhimpunan agensi hal ehwal Islam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad  telah mengumumkan dua inisiatif buat institusi KAFA di Wilayah-Wilayah Persekutuan iaitu;

  1. Bantuan Elaun Tambahan kepada guru KAFA sebanyak RM800.
  2. Skim Bantuan Buku Teks KAFA kepada golongan asnaf dan B40.

Inisiatif bantuan ini adalah salah satu usaha kerajaan dalam memperkasakan institusi KAFA daripada sudut kebajikan guru termasuklah golongan asnaf dan B40.

Alhamdulillah, RM11.5 juta bagi elaun tambahan dan RM1.8 juta bagi skim buku teks KAFA telah diperuntukkan daripada MAIWP dan pembayar zakat.

Insya-Allah, dari semasa ke semasa, Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama berusaha melakukan penambahbaikan kepada institusi KAFA supaya terus melahirkan generasi Mukmin dan Muslih.

Sumber:  Senator Idris Ahmad

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!