Tawaran Biasiswa Yayasan Selangor Rancangan Khas Pendidikan KPM

Biasiswa khas oleh Yayasan Selangor ditawarkan kepada anak-anak Selangor yang menduduki tingkatan 1 bagi 2022 merangkumi kemudahan asrama, biasiswa, kelas bimbingan dan pelbagai lagi. 

Yayasan Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan permohonan kemasukan pelajar tingkatan satu 2022 bawah Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia-Yayasan Selangor (RKPYS) dibuka mulai 25 Januari 2022

Sebanyak 389 tempat disediakan meliputi 29 sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur yang turut menawarkan asrama, biasiswa dan kelas bimbingan, maklum Yayasan Selangor dalam kenyataan.

Tawaran Biasiswa Yayasan Selangor

Pengambilan Murid Tingkatan 1 2022

  • Permohonan Pengambilan : 25 Januari 2022
  • Tarikh Tutup Permohonan  : 11 Februari 2022

Kriteria Kelayakan Permohonan

  1. Mendapat sekurang-kurangnya TP 3 di dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah. 
  2. Bersekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan diberi kepada murid luar bandar 
  3. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun 
  4. Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan
  5. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia. 
  6. Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.

Cara Permohonan 

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan www.yayasanselangor.org.my  dan kemudian mencetak borang tersebut serta dihantar bersama dokumen yang diperlukan.

Borang Permohonan Tingkatan 1 2022 (Atas Talian) 

Pemohon perlu mencetak borang permohonan atas talian yang telah lengkap dan menghantar beserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui serahan tangan atau melalui pos sebelum atau pada 11 Februari 2022

Borang dan dokumen yang telah lengkap perlu dihantar ke alamat: 

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
No. 18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya,
Selangor

Tel : 03-7669 1218 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141
Faks : 03-7954 1790 / 1862
Email : [email protected]

Nota penting : Borang Permohonan Yang Tidak Lengkap tidak akan diproses 

Permohonan Asrama dan Sekolah Pilihan

Terdapat 3 asrama dan sekolah pilihan iaitu

  1. Asrama Pusat Yayasan Selangor  
  2. Asrama Daerah Yayasan Selangor  
  3. Tanpa Asrama / Berulang Dari Rumah 

Info dan maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi;

Bahagian Hal Ehwal Pelajar 
Yayasan Selangor 
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor, 
No. 18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya, 
SELANGOR DARUL EHSAN 

Tel : 03-7669 1218 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141 
Faks : 03-7954 1790 / 1862 

Email : [email protected]
PERMOHONAN PENGAMBILAN MURID TINGKATAN 1 DI BAWAH PROGRAM RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - YAYASAN SELANGOR

Sumber: Yayasan Selangor

Scroll to Top