Kementerian Pembanguan Luar Bandar (KPLB) membuka permohonan bagi jawatan kosong Personel Shot-Term Employment Program (MySTEP) bagi tahun 2022.
Terdapat 2 kekosongan bagi jawatan yang ditawarkan dengan kadar upah (gaji) RM2,000 sebulan.
Berikut adalah mengenai jawatan kosong MySTEP di KPLB.
Apa itu MySTEP?
MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya.
Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:
- Penempatan di Sektor Awam
- Penempatan di GLCs and rakan strategiknya
Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:
Sektor Awam | GLCs dan Rakan Strategiknya | |
1 – 12 Bulan | 6 – 12 Bulan |
Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.
Butiran Jawatan MySTEP di Kementerian Pembanguan Luar Bandar (KPLB)
- Kekosongan: 2
- Kadar Upah: RM2,000.00
- Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti sakit
- Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur 24 tahun ke atas dan tidak melebihi 30 tahun;
- ljazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan/ atau kelayakan yang setaraf dengannya (Jawatan MYSTEP 1);
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf institusi pengajian tinggi tempatan. atau luar negara/ kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Jawatan MYSTEP 2)
Deskripsi Tugas
- MySTEP 1: Membantu merangka dan menyediakan Buku Panduan Tadbir Urus Korporat, membantu melaksanakan penilaian kewangan syarikat milikan agensi KPLB.
- MYSTEP 2: Membantu pelaksanaan program dan bengkel berkaitan artikulasi dan rasionalisasi TVET, membantu urusan promosi dan penjenamaan program TVET seperti ekspo, anugerah, membantu pengemaskinian laman sesawang/Portal TVET@KPLB
Cara Memohon
Calon-calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume berserta gambar terkini berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan ijazah serta salinan sijil digital vaskinasi Covid-19 ke alamat berikut:
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pelaburan dan Kawal Selia Anak Syarikat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Aras 24, No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya. Atau melalui alamat e-mel berikut: [email protected] [email protected] |
Tarikh Tutup Permohonan
31 Januari 2022
Info dan Maklumat Lanjut
Untuk Keterangan lanjut sila hubungi: Puan Zainab Binti Ibrahim: 03-88912224
